Judul : Siti Kasim beri amaran, Jamil sedia disaman
link : Siti Kasim beri amaran, Jamil sedia disaman
Siti Kasim beri amaran, Jamil sedia disaman
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau sedia terima saman berhubung kenyataan semalam mengatakan Siti Kasim membuat kenyataan menentang Islam.
Hari ini juga, merujuk kepada amaran Siti Kasim, Jamil berkata beliau sedia menerima saman Siti Kasim atas kenyataan “berbaur fitnah” yang dikeluarkannya semalam.
“Tak mengapa, dia nak saman saya terima sahaja,” kata Jamil, mengulas pendek semasa ditemui pemberita di luar majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-34 di TH Hotel, Bayan Lepas.
Semalam, Jamil yang menjawab soalan oleh seorang peserta pada “Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0” semalam, berkata Siti sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menurut laporan Bernama.
“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya semalam pada majlis itu.
Menulis di laman Facebook miliknya, Siti hari ini berkata Jamil patut segera “berhenti” daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atasnya.
“Menteri itu boleh yakin yang beliau akan menerima surat daripada saya tidak lama lagi,” kata Siti.
Pada Julai lepas, Siti dituduh menghalang pegawai Jawi menyerbu satu acara transgender tahun lepas.
FMT
Demikianlah Artikel Siti Kasim beri amaran, Jamil sedia disaman
Sekianlah artikel Siti Kasim beri amaran, Jamil sedia disaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siti Kasim beri amaran, Jamil sedia disaman dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/siti-kasim-beri-amaran-jamil-sedia.html