Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya

Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya
link : Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya

Baca juga


Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Uber didakwa menunjukkan kemaluan dan meraba sehingga seorang penumpang terpaksa "melompat keluar daripada kereta".

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi khamis lalu, mangsa, perunding kecantikan yang berusia 23 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya, lapor China Press.

Beliau terpaksa menaiki kereta seorang pemandu Uber yang mendapat 4.47 bintang itu kerana disebabkan tiada pemandu lain yang menerima tempahannya.

Katanya ketika dihubungi akhbar semalam, "tempat duduk belakang kereta suspek sudah penuh, jadi saya terpaksa duduk di bahagian hadapan."

Namun ketika sedang menjawab telefon, mangsa tiba-tiba ternampak suspek memandangnya sambil membuka zip seluar dan terus mengeluarkan kemaluannya.

Disebabkan terkejut dengan tindakan pemandu tersebut, mangsa telah meminta suspek untuk menghentikan keretanya, namun sebaliknya lelaki terbabit bertindak mengunci pintu dan tingkap.

Selepas itu, suspek dikatakan tiba-tiba meraba pahanya sambil memandu.

Pada mulanya wanita itu tidak dapat berbuat apa-apa namun dia telah bertindak melompat keluar daripada kereta ketika ia berhenti di lampu merah.

Disebabkan kejadian itu, wanita terbabit masih trauma dan hanya ingat suspek memandu kereta jenis Perodua, tetapi dia lupa nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Namun di atas nasihat daripada rakannya, beliau telah membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengah malam pada hari Sabtu di Balai Polis Bandar Sunway.

Kejadian itu meningkatkan tahap kesedarannya terhadap bahaya di sekeliling dan menasihatkan agar wanita lain lebih berhati-hati ketika berada di luar, kata mangsa. Sumber: Free Malaysia Today. Editor: Atila Atasha


Demikianlah Artikel Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya

Sekianlah artikel Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/saya-melompat-keluar-apabila-pemandu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :