Judul : Salahguna Dana MARRIS Jelas Melanggar Kod Tadbir Urus Baik
link : Salahguna Dana MARRIS Jelas Melanggar Kod Tadbir Urus Baik
Salahguna Dana MARRIS Jelas Melanggar Kod Tadbir Urus Baik
Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Bajet Selangor 2018 pada petang Jumaat 03/11/2017 minggu lalu menyebut perkataan 'good governance' atau tadbir urus baik kononnya menjadi teras pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan.
Ironinya, adakah kod tadbir urus baik membenarkan Kerajaan Selangor menyorok dana RM2.95 Billion Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) Kerajaan Persekutuan yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dari 2012 hingga 2017 dengan tidak ada penyata kewangan yang jelas?
Perkara ini telah dibangkitkan ADUN BN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dalam Sidang DUN Selangor pada 06/11/2017. Dalam kod tadbir urus baik, antara elemen kepatuhan adalah ialah ketelusan dan kecekapan.
Walau bagaimanapun, dalam soal dana MARRIS RM2.95 billion ini, pentadbiran Kerajaan Selangor langsung tidak mempraktikkan ketelusan dan kecekapan mengurus wang Rakyat untuk Rakyat.
Secara tidak sengaja EXCO Perumahan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pada 01/08/2016 mendedahkan bahawa Selangor terpaksa menggunakan peruntukkan MARRIS untuk penyelenggaraan pangsapuri kos rendah kerana tidak cukup dana untuk tujuan itu dalam kantung Kerajaan Negeri Selangor.
Dalam konteks tadbir urus baik yang seringkali dilaungkan oleh Azmin Ali, menyalahguna dana khas MARRIS untuk tujuan selain daripadanya, itu sudah melanggar kod etika tadbir urus.
Jika dalam korporat, pelanggaran kod tadbir urus korporat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Urusan atau mana-mana pemegang jawatan utama syarikat akan menyebabkan mereka hilang jawatan. Itu dalam korporat. Bagaimana dalam pentadbiran sebuah Kerajaan Negeri? Adakah Menteri Besar tidak dipertanggung jawabkan?
Demikianlah Artikel Salahguna Dana MARRIS Jelas Melanggar Kod Tadbir Urus Baik
Sekianlah artikel Salahguna Dana MARRIS Jelas Melanggar Kod Tadbir Urus Baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Salahguna Dana MARRIS Jelas Melanggar Kod Tadbir Urus Baik dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/salahguna-dana-marris-jelas-melanggar.html