Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri

Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri
link : Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri

Baca juga


Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri

 | November 14, 2017
Ketua menteri Pulau Pinang mahu mengumpul data ramalan cuaca daripada jabatan meteorologi asing untuk amaran yang tepat dan cepat.
lim-guan-eng-jabatan-meteorologiGEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mencipta amaran cuaca buruk tersendiri berdasarkan kepada data daripada perkhidmatan meteorologi di rantau ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini.
Beliau berkata, oleh kerana ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) lewat dan tidak boleh diharap, satu kajian khas akan dijalankan mengenai bagaimana data ramalan cuaca serantau boleh dihimpun dan digunakan sebagai amaran.

“Saya kecewa dan masih terganggu mengenai amaran merah hujan lebat yang dikeluarkan MetMalaysia pada minit-minit terakhir baru-baru ini.
“Jadi, saya akan minta Penang Green Council untuk mengkaji bagaimana boleh kita memanfaatkan data daripada jabatan meteorologi asing dan gunakan ia untuk manfaat kita,” kata Lim kepada Dewan Undangan Negeri pada ucapan penggulungan hari ini.

Lim mendakwa MetMalaysia mengeluarkan “amaran merah” hanya pada 9.30 malam pada 4 November lepas, 1 jam sebelum hujan lebat melanda negeri itu dan mengakibatkan banjir besar-besaran.

Notis “amaran merah” oleh MetMalaysia merupakan nasihat hujan lebat di satu-satu kawasan yang mungkin melebihi 240mm selama 24 jam. Nasihat itu boleh diturunkan ke tahap kuning jika kadar hujan berkurangan atau cuaca bertambah baik.
Banjir kilat di Pulau Pinang menyebabkan lebih 6,000 orang terpaksa berpindah dan meragut 7 nyawa.

MetMalaysia bagaimanapun menafikan dakwaan mereka lewat mengeluarkan amaran cuaca buruk.
Ketua Pengarah Alui Bahari berkata amaran dikeluarkan seawal 1 November dan diajukan ke pihak berkuasa negeri.
Beliau berkata “amaran kuning”, atau amaran tahap pertama, dikeluarkan pada 1 November.

Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang menyeru amaran cuaca lebih awal kerana kilang bernilai tinggi berpangkalan di Pulau Pinang dan perlukan masa untuk buat persiapan
FMT


Demikianlah Artikel Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri

Sekianlah artikel Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sakit hati dengan jabatan meteorologi, Guan Eng mahu cipta amaran sendiri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/sakit-hati-dengan-jabatan-meteorologi.html

Subscribe to receive free email updates: