Judul : [ROMPIN] HANYUT HINGGA KE PULAU JEMAJA, INDONESIA
link : [ROMPIN] HANYUT HINGGA KE PULAU JEMAJA, INDONESIA
[ROMPIN] HANYUT HINGGA KE PULAU JEMAJA, INDONESIA
Dua pemandu bot pelancong yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Rompin ke Pulau Tioman 8 November lalu, ditemui selamat selepas hanyut hingga ke Pulau Jemaja, Indonesia, petang semalam.
Amat Mohamad, 50, dan anak saudaranya Mohd Abdul Lattif Kasim, 20, diselamatkan oleh nelayan selepas ditemui hanyut dalam kawasan perairan pulau berkenaan kira-kira 120 batu nautika dari Kuala Rompin, jam 3.45 petang semalam.
Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata, berdasarkan maklumat waris, bot yang dinaiki mangsa hanyut selepas kehabisan minyak hingga ke perairan Indonesia sebelum diselamatkan dan dibawa ke Pulau Jemaja.
Menurutnya, pada kira-kira jam 5.55 petang, pihak Maritim menghubungi Badan SAR Nasional Indonesia (Badarnas) untuk memaklumkan tentang penemuan mangsa dan memohon bantuan daripada pihak berkuasa negara itu untuk mengiringi bot mangsa ke perairan Malaysia.
“Pihak Maritim Malaysia sedang berusaha untuk membawa pulang mangsa ke Malaysia secepat mungkin dengan bantuan Wisma Putra,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, komuniti maritim khususnya mereka yang melakukan aktiviti di laut dinasihatkan supaya sentiasa memastikan keadaan bot lengkap dan selamat untuk mereka turun ke laut terutamanya ketika cuaca buruk.
Selain itu mereka juga dinasihatkan membawa alat perhubungan serta peralatan kecemasan bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat dilakukan sekiranya berlaku insiden tidak diingini.
Demikianlah Artikel [ROMPIN] HANYUT HINGGA KE PULAU JEMAJA, INDONESIA
Sekianlah artikel [ROMPIN] HANYUT HINGGA KE PULAU JEMAJA, INDONESIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [ROMPIN] HANYUT HINGGA KE PULAU JEMAJA, INDONESIA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/rompin-hanyut-hingga-ke-pulau-jemaja.html