Rakyat P Pinang bakal nikmati rawatan percuma RM300

Rakyat P Pinang bakal nikmati rawatan percuma RM300 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat P Pinang bakal nikmati rawatan percuma RM300, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat P Pinang bakal nikmati rawatan percuma RM300
link : Rakyat P Pinang bakal nikmati rawatan percuma RM300

Baca juga


Rakyat P Pinang bakal nikmati rawatan percuma RM300

 | November 2, 2017
Faedah itu akan disediakan menerusi kad elektronik "I Love Penang" dengan nilai kredit RM300 boleh dituntut di semua klinik swasta untuk khidmat nasihat dan ubatan.
lim-guan-eng-medical 
GEORGE TOWN: Keluarga di Pulau Pinang akan nikmati rawatan kesihatan percuma bernilai RM300 di klinik swasta bermula tahun depan sebagai sebahagian daripada RM60 juta diperuntukkan kepada program “Healthy Penang” (Pulau Pinang Sihat) yang akan dilaksanakan bawah Bajet 2018 negeri itu.

Program itu akan memberi faedah kepada 195,000 isi rumah, iaitu hampir separuh daripada 400,000 isi rumah di negeri itu dengan pendapatan gabungan bulanan sebanyak RM5,000 dan ke bawah, kata Ketua Menteri Lim Guang Eng kepada persidangan DUN hari ini.

Katanya, faedah itu akan disediakan menerusi kad elektronik “I Love Penang” dengan nilai kredit RM300 yang boleh dituntut di semua klinik swasta untuk khidmat nasihat dan ubatan.

Pemegang kad dibenarkan menggunakan RM50 pada setiap lawatan ke klinik.
Mereka yang tidak berkahwin akan memperoleh kredit sebanyak RM150, dengan syarat pendapatan mereka bawah RM2,500 sebulan. Mereka juga dibenarkan menggunakan RM50 pada setiap lawatan klinik.

“Ini akan bantu rakyat biasa yang bekerja untuk mendapatkan khidmat rawatan doktor serta merta apabila mereka jatuh sakit tanpa berasa terlalu bimbang tentang caj mahal yang dikenakan atau terpaksa ke klinik kerajaan yang jauh dari rumah.
“Ini langkah serius oleh kerajaan Pulau Pinang walaupun hakikatnya kesihatan adalah bawah kuasa persekutuan sepenuhnya.

“Ini berbeza dengan pemotongan kos bekalan kesihatan untuk orang awam dan ubatan oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM19 juta iaitu RM950 juta pada 2017 kepada RM931 juta pada 2018,” kata Lim.

Beliau juga berkata pemeriksaan mammogram percuma yang sedia ada untuk wanita berumur 35 tahun ke atas akan diteruskan, dengan peruntukan sebanyak RM3.2 juta tahun depan.
Seramai 30,000 wanita dijangka dapat menjalani ujian mammogram percuma pada menjelang 2020.

Kad “I Love Penang” juga akan digunakan untuk menyediakan elaun kepada penerima bantuan kebajikan negeri, kata Lim.
Kad ini akan menjadi kunci akses kepada pelbagai kemudahan dan faedah sosial disediakan kerajaan negeri.

“Pengurusan dan pengagihan semua program kebajikan kerajaan akan diperkemas dan disepadukan dengan kad. Ini akan memudahkan kehidupan rakyat Pulau Pinang.

“Kita hanya perlu bawa kad itu pada masa depan dan mungkin kad alam maya dalam bentuk aplikasi mudah alih yang dimuat turun pada telefon pintar, bagi mendapat akses kepada pembayaran, faedah dan kemudahan awam,” katanya.


Demikianlah Artikel Rakyat P Pinang bakal nikmati rawatan percuma RM300

Sekianlah artikel Rakyat P Pinang bakal nikmati rawatan percuma RM300 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat P Pinang bakal nikmati rawatan percuma RM300 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/rakyat-p-pinang-bakal-nikmati-rawatan.html

Subscribe to receive free email updates: