Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek

Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek
link : Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek

Baca juga


Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek

Malaysiakini 23/11/17
INKUIRI SUHAKAM l Tiada sebarang perkembangan di sebalik penemuan empat barangan yang berkaitan dengan kehilangan Paderi Raymond Koh di rumah suspek yang ditembak mati oleh polis pada Jun lalu, kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk Mah Weng Kwai.

Mah (foto, bawah) memberitahu siasatan awam Suhakam hari ini bahawa kekurangan tindakan susulan berhubung penemuan itu menjadi tanda tanya tentang kes kehilangan paderi berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat yang memberi keterangannya hari ini, berkata beliau tidak mempunyai penjelasan mengenai mengapa barangan - gambar Koh, kereta, rumah serta nombor pendaftaran kenderaannya - ditemui di rumah suspek.

“Sebab itu, mengapa empat individu itu disiasat... disebabkan barang-barang ada di rumah suspek, mereka (polis) beranggapan ada hubungan.
“Sebab itu tangkapan (kemudian) diserahkan kepada kami,” kata Fadzil (foto, atas).

Walau bagaimanapun, kemudiannya, katanya, didapati bahawa individu berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan penculikan Koh dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Fadzil juga menegaskan bahawa isteri suspek yang mati itu juga ada disoal-siasat, walaupun di Kedah, tidak seperti empat suspek lain yang disoal di Petaling Jaya.

“Memang ada (soal-siasat). Perempuan (itu) ditahan reman seminggu,” katanya.
Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor itu berkata siasatan yang dijalankan tidak banyak membantu polis.

Apabila disoal bagaimana barang-barang itu berakhir di rumah suspek, Fadzil berkata pihak polis juga mahu mengetahui jawapan kepada soalan berkenaan. "Tetapi setakat ini tiada jawapan," katanya.

Fadzil menekankan bahawa siasatan polis kemudiannya mendapati fakta bahawa tiga suspek berkenaan bukan ahli kumpulan ekstremis.
Bagaimanapun, suspek yang ditembak mati di Kedah adalah pemimpin utama dalam sindiket penyeludupan dadah dan senjata api di sempadan Malaysia, katanya.



Demikianlah Artikel Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek

Sekianlah artikel Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/polis-tak-pasti-bagaimana-barangan.html

Subscribe to receive free email updates: