Penumpang ditinggal bas mengamuk tikam pemandu

Penumpang ditinggal bas mengamuk tikam pemandu - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penumpang ditinggal bas mengamuk tikam pemandu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penumpang ditinggal bas mengamuk tikam pemandu
link : Penumpang ditinggal bas mengamuk tikam pemandu

Baca juga


Penumpang ditinggal bas mengamuk tikam pemandu

Malaysiakini 16/11/17
Seorang pemandu bas cedera ditikam penumpang yang dipercayai berang setelah ditinggalkan kenderaan awam itu di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Setar, Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Bas Ekspres di Jalan Bukit Lagi di Kangar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian 11.02 pagi itu, suspek dikatakan turun dari bas untuk ke tandas semasa ia berhenti di Stesen Bas Shahab Perdana, namun setelah kembali dia mendapati kenderaan itu telah bertolak ke Kangar.

"Kemudian suspek bertindak marah di kaunter bas sebelum menyewa sebuah teksi untuk ke Kangar," katanya kepada pemberita di Kangar, hari ini.
Beliau berkata sebaik tiba di stesen bas Kangar, suspek meluru masuk ke dalam bas yang dipandu oleh mangsa berumur 33 tahun, melalui pintu hadapan dan terus menikam mangsa di bahagian bahu kiri.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Fauziah untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang, setelah doktor mengesahkan tiada kecederaan serius selain mengalami luka tikaman sedalam tiga sentimeter, katanya.

Susulan kejadian itu katanya polis merampas sebilah pisau, sehelai kemeja-T berkolar warna hijau serta satu beg pakaian, manakala polis masih mengesan suspek yang sudah dikenal pasti.
-Bernama


Demikianlah Artikel Penumpang ditinggal bas mengamuk tikam pemandu

Sekianlah artikel Penumpang ditinggal bas mengamuk tikam pemandu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penumpang ditinggal bas mengamuk tikam pemandu dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/penumpang-ditinggal-bas-mengamuk-tikam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :