Penguasaan KBAT lebih baik 3 tahun lagi

Penguasaan KBAT lebih baik 3 tahun lagi - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penguasaan KBAT lebih baik 3 tahun lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penguasaan KBAT lebih baik 3 tahun lagi
link : Penguasaan KBAT lebih baik 3 tahun lagi

Baca juga


Penguasaan KBAT lebih baik 3 tahun lagi


PUTRAJAYA 13 Nov. – Kementerian Pendidikan menjangkakan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah berada pada tahap lebih baik, stabil dan dapat menunjukkan hasilnya dalam tempoh kira-kira tiga tahun akan datang.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KBAT sebagai satu proses yang berterusan pastinya akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

“Kita mahu pelajar-pelajar memiliki keupayaan berfikir, berkomunikasi dan membuat keputusan secara cepat. Tetapi semua ini adalah satu proses.

“Oleh itu, KBAT sebagai satu proses dan pendekatan baharu tidak mungkin ambil masa satu atau dua hari untuk dijadikan satu amalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara 2017 di Sekolah Kebangsaan Put­rajaya Presint 8 (2) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Pada majlis tersebut, Joseph menyerahkan cek bernilai RM220,000 kepada Mahdzir bagi Kementerian Pendidikan menjalankan Program Silang Budaya oleh Kelab Rukun Negara di 220 sekolah yang mana guru-guru penyelaras kelab itu telah menjalani latihan modul anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Mahdzir sebelum ini menafikan dakwaan guru menjadi punca kegagalan pelajar menguasai KBAT, sebaliknya kenyataan Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan disalahertikan.

Beliau berkata, tidak timbul soal kegagalan itu berpunca daripada guru kerana secara keseluruhannya perkara itu membabitkan semua aspek dalam masyarakat.

Kamalanathan dilaporkan sebagai berkata, sebanyak 40.07 pera­tus sekolah dinilai berada dalam amalan KBAT tahap baik dan cemerlang manakala seba­nyak 59.93 peratus sekolah lagi berada di bawah tahap baik dan cemerlang serta sedang dibimbing di bawah Program Peningkatan Sekolah (SIP+) dan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+).

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, KBAT turut menekankan aspek latihan kepada guru yang dilakukan dari semasa ke semasa sebagai satu transformasi dalam pendidikan selain pembangunan konsep Bilik Darjah Abad Ke-21 menggunakan pelbagai teknologi terkini bagi menyokong amalan KBAT.


loading...


Demikianlah Artikel Penguasaan KBAT lebih baik 3 tahun lagi

Sekianlah artikel Penguasaan KBAT lebih baik 3 tahun lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penguasaan KBAT lebih baik 3 tahun lagi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/penguasaan-kbat-lebih-baik-3-tahun-lagi.html

Subscribe to receive free email updates: