MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15

MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15
link : MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15

Baca juga


MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15




"Mengurus Negeri Mengikut Kemampuan Tanpa Mengabaikan Kepentingan dan Kebajikan Rakyat". Demikian tema bagi pembentangan Bajet Negeri Pahang 2018 kali ini.

Pembentangan bajet itu dibuat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Yaakob sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang semalam.

YAB Menteri Besar Pahang memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri menganggarkan Kutipan Hasil berjumlah RM 700.64 juta manakala Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM 700.04 juta.

Malah MB Pahang juga turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri masih lagi merupakan diantara penyumbangan terbesar kepada Kadar Dalam Negara Kasar iaitu sebanyak 4.4 peratus.

Tegas beliau, Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya akan tetap meneruskan program mensejahterakan rakyat disamping mengambil berat terhadap keperluan golongan yang memerlukan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga tetap akan meneruskan projek perumahan mampu milik (PR1MA Pahang) disamping memberikan subsidi bekalan air seperti mana yang sedia ada pada ketika ini.

Sebelum itu, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan turut mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana telah berjaya membentangkan Bajet Negara 2018 yang dianggap terbaik setakat ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kelulusan pembinaan wad Wanita dan Kanak - Kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan serta peruntukan sebanyak RM 230 juta bagi meneruskan projek Central Spine Road bagi jajaran Raub ke Bentong.

Dalam masa yang sama, YAB Menteri Besar Pahang juga turut mengumumkan Pemberian Bantuan Khas sebanyak RM 1,500 seorang kepada 8,000 orang penjawat awam diseluruh negeri.

Secara kesimpulannya, Negeri Pahang yang mengalami pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2 peratus sebelum ini membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa mengamalkan perbelanjaan pengurusan berhemah dan tidak seperti mana yang didakwa oleh pihak pembangkang




Demikianlah Artikel MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15

Sekianlah artikel MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/mb-pahang-bentang-bajet-surplus-kali-ke.html

Subscribe to receive free email updates: