Judul : Maria Chin: Polis tutup kes, bukti tuduhan dusta
link : Maria Chin: Polis tutup kes, bukti tuduhan dusta
Maria Chin: Polis tutup kes, bukti tuduhan dusta
Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata tindakan itu membuktikan dakwaan terhadap Bersih dan NGO di bawahnya adalah palsu, tidak benar dan dusta.
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah melahirkan rasa bersyukur hari ini apabila siasatan polis terhadapnya ditutup dan semua barangan yang dirampas sebelum ini dikembalikan.
“Genap 1 tahun 4 hari yang lalu, pejabat Bersih diserbu dan digeledah oleh sepasukan polis dari Bukit Aman. Sepuluh unit komputer riba, 2 unit telefon bimbit dan beberapa dokumen dirampas.
“Saya kemudiannya ditahan di bawah akta zalim Sosma, manakala 14 yang lain ditahan di bawah akta yang berbeza,” katanya merujuk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
“Hari ini, Bukit Aman memaklumkan segala siasatan terhadap Bersih 2.0 dan saya telah ditutup,” katanya dalam kenyataan petang tadi.
Beliau berkata pemulangan barangan rampasan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi adalah arahan daripada Jabatan Peguam Negara.
“Justeru terbukti penahanan saya di bawah Sosma adalah langsung tidak mempunyai asas, bahkan hanyalah tindakan untuk menakut-nakutkan saya, keluarga dan rakyat yang cintakan keamanan, demokrasi dan keadilan.
“Semua fitnah dan dakwaan yang direka dan diada-adakan terhadap Bersih dan NGO di bawahnya terbukti palsu, tidak benar dan dusta belaka,” katanya.
Pada 18 November 2016, Maria dan pegawai sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh Karpal ditahan polis kurang 24 jam sebelum Bersih 5 berhimpun di Kuala Lumpur.
Ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas tunjuk perasaan itu dan himpunan balas Gerakan Baju Merah yang dipimpin ketua Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos adalah haram, dan memberi amaran tindakan akan diambil.
Mandeep Singh dilaporkan berkata serbuan dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan yang berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Demikianlah Artikel Maria Chin: Polis tutup kes, bukti tuduhan dusta
Sekianlah artikel Maria Chin: Polis tutup kes, bukti tuduhan dusta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maria Chin: Polis tutup kes, bukti tuduhan dusta dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/maria-chin-polis-tutup-kes-bukti.html