Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang

Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang
link : Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang

Baca juga


Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang

 | November 6, 2017
Setakat 6.00 petang tadi, mangsa membabitkan 1,602 keluarga ditempatkan di 41 pusat pemindahan di 4 daerah.
penang-flood
GEORGE TOWN: Sejumlah 6,293 mangsa banjir di Pulau Pinang masih ditempatkan di 4 daerah di negeri itu setakat pukul 6.00 petang tadi, meningkat berbanding 5,478 orang pada tengah hari.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata mangsa banjir itu membabitkan 1,602 keluarga yang ditempatkan di 41 pusat pemindahan di Pulau Pinang.
“Sehingga pukul 6.00 petang ini, sejumlah 3,955 mangsa banjir di Seberang Perai Utara (SPU) masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan, meningkat berbanding 2,922 tengah hari tadi berikutan air semakin naik di beberapa kawasan seperti Air Melintas Besar, Sungai Dua dan Merbau Kudung,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa jalan di kawasan SPU juga ditutup kepada lalu lintas kerana air naik antara 0.2 meter hingga 0.7 meter antaranya Jalan Bertam Indah, Jalan Lahar Yooi-Sungai Dua, Lahar Yooi-Padang Menora, Jalan Sungai Dua, Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Jalan Matahari Naik, Jalan Padang Tonsun dan Jalan Ara Kuda.

Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula mencatat 2,115 mangsa di 21 pusat penempatan dan 53 orang di Seberang Perai Selatan serta 32 orang di Timur Laut, masing-masing di sebuah pusat pemindahan.

Beliau berkata pusat pemindahan di daerah Barat Daya ditutup petang ini.
Ketika ini cuaca di bahagian seberang dan pulau mendung serta hujan renyai di beberapa kawasan.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan 1 meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini meragut 7 nyawa. FMT


Demikianlah Artikel Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang

Sekianlah artikel Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa banjir P Pinang meningkat ke 6,293 orang dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/mangsa-banjir-p-pinang-meningkat-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :