Judul : Mahkamah buang rayuan Zamihan terhadap saman fitnah NGO
link : Mahkamah buang rayuan Zamihan terhadap saman fitnah NGO
Mahkamah buang rayuan Zamihan terhadap saman fitnah NGO
Panel 3 hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penceramah itu saksi yang tidak boleh dipercayai.
PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati penceramah Zamihan Mat Zin seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dalam saman fitnah yang dibawa oleh sebuah NGO.
Panel 3 hakim yang dipengerusikan Hakim Rohana Yusof semalam memerintahkan Zamihan membayar RM10,000 sebagai kos kepada Syria Care, yang dituduh penceramah itu mempunyai kaitan dengan “kumpulan Syiah di Malaysia yang mesti dipantau oleh kerajaan”.
Menurut kenyataan media oleh Shukor & Associates, firma guaman mewakili Syaria Care, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan tuntutan plaintif dan menganugerahkan ganti rugi RM50,000.
Saman difailkan terhadap Zamihan dan Star Meda Group Bhd berdasarkan laporan yang disiarkan di The Star Online, yang memetik Zamihan dalam artikel “Senseless jihad puts Malaysia as global violence hub, says Home Ministry Officer”.
Mahkamah Rayuan juga bersetuju dengan penemuan fakta oleh hakim bahawa Zamihan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai kerana jawapan yang bercanggah dan bertentangan dengan rayuannya.
Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengarahkan Zamihan membayar Syria Care ganti rugi RM30,000 sebagai kos.
Mahkamah juga mengarahkan defendan kedua, Star Media, menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat kepada Syria Care.
Tiada penghakiman diberikan berikutan penarikan balik artikel itu oleh penerbit. The Star Online menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat pada 17 Mei.
Zamihan, seorang pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ditempatkan di Jabatan Penjara sebagai pegawai deradikalisasi untuk terorisme dan unsur pelampau.
Beliau juga presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) dan penolong setiausaha di bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri.
Beliau mengundang kontroversi baru-baru ini apabila mengkritik Sultan Johor kerana membuat pendirian terhadap kedai dobi untuk orang Islam sahaja di negeri itu.
Beliau direman 2 hari untuk membantu siasatan polis yang menyiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Demikianlah Artikel Mahkamah buang rayuan Zamihan terhadap saman fitnah NGO
Sekianlah artikel Mahkamah buang rayuan Zamihan terhadap saman fitnah NGO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah buang rayuan Zamihan terhadap saman fitnah NGO dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/mahkamah-buang-rayuan-zamihan-terhadap.html