Judul : ‘Lemah bahasa Inggeris, tiada pengalaman punca graduan menganggur’
link : ‘Lemah bahasa Inggeris, tiada pengalaman punca graduan menganggur’
‘Lemah bahasa Inggeris, tiada pengalaman punca graduan menganggur’
Pakar ekonomi, Nor Zahidi Alias kesal ramai graduan Malaysia sukar menyuarakan pendapat mereka ketika ditemu duga kerana tidak fasih dan seterusnya memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan mereka.
PETALING JAYA: Kurang fasih berbahasa Inggeris dan pendedahan kepada realiti adalah 2 faktor utama menyebabkan graduan Malaysia gagal mendapat pekerjaan, kata seorang pakar ekonomi.
Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), Nor Zahidi Alias berkata, jumlah graduan menganggur di negara ini meningkat sejak beberapa tahun ini, walaupun asas pasaran buruh kekal baik.
Beliau dalam kolum The Edge berkata, sebahagian isu itu disebabkan graduan lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris.
“Dalam rantaian bekalan, fasih berbahasa Inggeris ialah kemahiran penting yang dikehendaki kebanyakan majikan.
“Malah, berdasarkan pengalaman saya, majikan selalunya mengambil masa kurang 5 minit untuk menilai kemahiran komunikasi calon sebelum menentukan mahu mengambil mereka atau sebaliknya. Semakin baik mereka berkomunikasi, majikan berpotensi lebih tertarik kepada mereka.”
Zahidi bagaimanapun kesal ramai graduan Malaysia sukar menyuarakan pendapat mereka ketika ditemu duga kerana tidak fasih dan seterusnya memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan mereka.
“Ini jelas menjadi isu kepada mereka yang mencari kerja dalam sektor perkhidmatan, di mana komunikasi ialah kemahiran utama.”
Katanya, kurang pengalaman dalam dunia sebenar juga menjadi masalah kerana banyak syarikat mencari pekerja berpengalaman sebelum mereka tamat pengajian.
“Malangnya di Malaysia, pelajar tidak fokus kepada pengalaman dunia sebenar. Sebaliknya, mereka lebih tertumpu mendapatkan gred baik.
“Bukannya graduan dengan semua A yang majikan cari.”
Zahidi berkata demikian susulan kebimbangan terhadap kadar pengangguran belia di Malaysia yang mencecah 10.7% pada 2015 – lebih 3 kali ganda daripada 3.1% kadar pengangguran negara.
Statistik dalam laporan tahunan Bank Negara 2016 menunjukkan peningkatan 1.2% daripada kadar sebelum ini, iaitu 9.5%.
Dari segi kebolehgajian, belia dengan kelulusan pengajian tinggi paling ramai menganggur, iaitu 15.3%.
Kira-kira 16% belia berumur 15 hingga 24 tahun dilaporkan berkelulusan pengajian tinggi, manakala 84% hanya menamatkan pengajian sekolah menengah.
Satu tinjauan tenaga kerja yang dijalankan kerajaan menunjukkan pekerjaan berkembang perlahan, manakala pengangguran semakin meningkat.
Pada 2016, kadar pengangguran ialah 3.4%, meningkat 0.3% daripada 3.1% pada 2015. Pada 2014, kadar pengangguran hanya 2.9%.
Walaupun terdapat penurunan pada jumlah belia menganggur, separuh daripada penggangur terdiri daripada mereka yang berumur 20 hingga 29 tahun, iaitu pada 60.4% berbanding 62.5% pada 2015.
Bank Negara mengaitkan peningkatan pengangguran belia ini dengan kekurangan pengalaman, asimetri maklumat dalam pasaran kerja dan kemahiran komunikasi yang lemah.
Menurut laporan itu lagi, dari segi kebolehgajian, peratusan belia menganggur paling tinggi terdiri daripada mereka yang berkelulusan pengajian tinggi iaitu 15.3%.
Zahidi berkata, keadaan berubah sejak beberapa tahun ini, di mana institusi pengajian lebih menekankan aktiviti luar kurikulum dalam permohonan kolej atau universiti.
Katanya, program latihan amali akan membolehkan pelajar universiti mendapat pengalaman dalam dunia sebenar.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran tiada jalan singkat untuk menyelesaikan masalah ini.
Walaupun program latihan amali membantu, katanya, pelajar masih sukar mendapat tempat.
“Tidak banyak syarikat di Malaysia yang suka mengambil pelajar hanya untuk 2 atau 3 bulan.
“Jika mereka mengambil pelajar untuk latihan amali sekalipun, biasanya mereka tidak mempunyai program latihan berstruktur untuk pelajar ini. Hasilnya, hanya yang paling cemerlang dan mereka yang mempunyai hubungan baik dipilih organisasi perniagaan untuk latihan amali.”
Beliau berkata, usaha kerajaan menambah baik kemahiran bahasa dalam kalangan guru bahasa Inggeris adalah permulaan baik, tetapi lebih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan graduan.
“Menggalakkan pelajar menonton program televisyen bahasa Inggeris yang sesuai juga dapat membantu.”
Beliau juga mencadangkan sebuah badan ditubuhkan untuk membantu pelajar universiti mendapat tempat dalam program latihan amali di organisasi berkaitan
Demikianlah Artikel ‘Lemah bahasa Inggeris, tiada pengalaman punca graduan menganggur’
Sekianlah artikel ‘Lemah bahasa Inggeris, tiada pengalaman punca graduan menganggur’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Lemah bahasa Inggeris, tiada pengalaman punca graduan menganggur’ dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/lemah-bahasa-inggeris-tiada-pengalaman.html