Judul : Kurikulum sekolah disemak setiap lima tahun
link : Kurikulum sekolah disemak setiap lima tahun
Kurikulum sekolah disemak setiap lima tahun
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan semakan terhadap kurikulum sekolah rendah dan menengah bagi setiap lima tahun, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kurikulum sedia ada ditambah baik dan kekal relevan dengan kehendak semasa.
“Kurikulum sedia ada memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan dan penghayatan dan pembudayaan,” katanya menjawab pertanyaan tambahan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai perkara berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Kamalanathan berkata hanya 0.12 peratus daripada 5.1 juta pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara terlibat dalam keruntuhan moral atau kebejatan sosial remaja seperti berjudi, mencuri, mengancam guru dan murid, peras ugut dan gangsterism.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai pengembangan modul tahfiz ke sekolah lain, beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mempunyai cadangan untuk memperkenalkan modul tahfiz dan vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Sumber- Bernama

loading...
Demikianlah Artikel Kurikulum sekolah disemak setiap lima tahun
Sekianlah artikel Kurikulum sekolah disemak setiap lima tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kurikulum sekolah disemak setiap lima tahun dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/kurikulum-sekolah-disemak-setiap-lima.html