[KUANTAN] PADAH TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA

[KUANTAN] PADAH TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] PADAH TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] PADAH TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA
link : [KUANTAN] PADAH TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA

Baca juga


[KUANTAN] PADAH TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA


Padah tunggang motosikal secara berbahaya


Penunggang dan pembonceng direman tiga hari selepas ditahan kerana menaiki sebuah motosikal dalam keadaan melulu dan berbahaya ketika lari dari pemeriksaan polis, di sini awal pagi kelmarin.

Perintah reman ke atas suspek berusia 18 dan 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman, pagi semalam.

Reman bermula hari ini hingga 26 November, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi seksyen ini, suspek berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Penahanan dua rakan itu susulan tindakan mereka bersama sekumpulan penunggang lain lari setelah dihampiri anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV) ketika lepak berhampiran Pusat Tranformasi Bandar (UTC ) Pahang di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, anggota MPV terbabit menghampiri kumpulan bermotosikal itu untuk pemeriksaan bagaimanapun sebaik dihampiri, kumpulan itu terus melarikan diri secara berpecah kepada dua kumpulan.

Polis bertindak mengekori dan kedua-dua suspek yang dikenalpasti dikesan berada dalam salah sebuah kumpulan tersebut.

Polis mengrahkan mereka berhenti namun arahan tidak diendahkan sebaliknya kedua-dua suspek terus melarikan diri dan melanggar lampu isyarat merah.

Tindakan nekad suspek berjaya dihalang apabila motosikal mereka berjaya dipintas polis berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Lim Hoe Lek di sini.

Suspek yang gagal mengawal motosikal terlanggar kenderaan MPV sebelum kedua-duanya berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan mendapati penunggang dan pembonceng tidak memiliki lesen memandu.

Kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut. Sebelum permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan pagi semalam.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] PADAH TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA

Sekianlah artikel [KUANTAN] PADAH TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PADAH TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/kuantan-padah-tunggang-motosikal-secara.html

Subscribe to receive free email updates: