[KUANTAN] DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA SERAKAH JIRAN

[KUANTAN] DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA SERAKAH JIRAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA SERAKAH JIRAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA SERAKAH JIRAN
link : [KUANTAN] DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA SERAKAH JIRAN

Baca juga


[KUANTAN] DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA SERAKAH JIRAN


Dua kanak-kanak jadi mangsa serakah jiran


Dua kanak-kanak perempuan menjadi mangsa nafsu serakah jirannya selepas dirogol dalam dua kejadian berasingan di sebuah taman perumahan di Batu 11 Jalan Gambang di sini pada 6 November lalu.

Umpan coklat dan duit RM2 menjadi modus operandi suspek berusia 25 tahun itu yang bekerja sebagai kelindan lori untuk memerangkap dua mangsa terbabit bersiar-siar menaiki motosikal miliknya.

Dalam kejadian pertama, kanak-kanak berusia lapan tahun dirogol di sebuah tangki air di taman terbabit.

Hanya beberapa jam kemudian, suspek yang masih belum puas melampiaskan nafsunya merogol kanak-kanak berusia lima tahun di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran taman tersebut.

Kedua-dua mangsa kemudian mengadu pada ibu mereka dan aduan dilakukan oleh kedua bapa mereka di Balai Polis Jaya Gading pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata suspek tersebut dikatakan membawa mangsa keluar bersiar-siar menaiki motosikal sebelum bertindak merogol kanak-kanak tersebut.

Menurutnya,suspek berjaya diberkas pada 8 November lalu kira-kira jam 10.30 malam selepas pulang dari kerja.

"Suspek yang tinggal bersama keluarganya tidak memiliki sebarang rekod jenayah sebelum ini dan hasil saringan ujian air kencingnya negatif.

"Setakat ini suspek sedang direman sehingga 28 November ini sebelum dihadapkan ke mahkamah, "katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita dalam sidang media di Dewan Anggerik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Kuantan bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Deputi Superintenden Zaizul Zakaria.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA SERAKAH JIRAN

Sekianlah artikel [KUANTAN] DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA SERAKAH JIRAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA SERAKAH JIRAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/kuantan-dua-kanak-kanak-jadi-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates: