Judul : Kerana Cemburu Isteri Maut Disembelih Ketika Menyusui Anak
link : Kerana Cemburu Isteri Maut Disembelih Ketika Menyusui Anak
Kerana Cemburu Isteri Maut Disembelih Ketika Menyusui Anak
ACEH - Akibat cemburu, seorang suami tergamak membunuh isterinya sebelum dia meneguk racun dan meninggal dunia.
Lapor Serambi Mekkah News (Aceh), mangsa, Armida, 25, dibunuh dengan kejam apabila suaminya, 32, bertindak menyembelih leher mangsa ketika sedang menyusui anaknya yang masih berusia 6 bulan.
Suspek dipercayai telah bernikah dengan mangsa di Malaysia sejak dua tahun lalu dan pulang semula ke negeri itu bagi menjalani kehidupan baru bersama.
Namun kejadian itu terbongkar apabila seorang jiran mangsa yang dikenali sebagai Fitri mendengar tangisan bayi jirannya itu tidak henti-henti.
Saksi juga telah menuju ke tempat kejadian dan menemukan mayat Armida dengan leher hampir putus manakala mayat suspek pula berada tidak jauh dari situ dengan mulut berbuih yang dikatakan meneguk racun dan menggengam sebuah botol yang dipercayai racun.
Hasil daripada siasatan polis, suspek dipercayai membunuh isterinya dengan motif cemburu kerana mangsa dikatakan masih lagi berhubung dengan bekas kekasihnya ketika merantau di Malaysia melalui laman media sosial Facebook.
Namun ada saksi lain mengatakan bahawa seminggu sebelum kejadian mangsa telah melarikan diri dari rumah kerana gaduh dengan suaminya namun selepas tiga hari kemudian mangsa telah kembali semula ke rumah mereka selepas dipujuk oleh suspek. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha
Demikianlah Artikel Kerana Cemburu Isteri Maut Disembelih Ketika Menyusui Anak
Sekianlah artikel Kerana Cemburu Isteri Maut Disembelih Ketika Menyusui Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerana Cemburu Isteri Maut Disembelih Ketika Menyusui Anak dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/kerana-cemburu-isteri-maut-disembelih_28.html