Judul : Kenapalah Pulau Pinang Ada ADUN Yang Bodoh Seperti SN Rayer?
link : Kenapalah Pulau Pinang Ada ADUN Yang Bodoh Seperti SN Rayer?
Kenapalah Pulau Pinang Ada ADUN Yang Bodoh Seperti SN Rayer?
Di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini, ADUN Seri Delima SN Rayer ketika mencelah EXCO Pertanian, Dr Afif Bahardin menjawab tentang harga durian, berkata,
Rakyat Pulau Pinang tidak dapat memakan buah durian sebab harga mahal setelah dikenakan GST.
Otak pemimpin pembangkang telah diindokrinasikan dengan GST sehingga segala permasalahan harga barang dikaitkan dengan GST. Sejak bila peniaga-peniaga durian di Pulau Pinang dikenakan GST? Kedua, durian bukanlah barangan yang dikenakan GST.
EXCO Pertanian pula ketika menjawab soalan "Bagaimana Kerajaan Negeri boleh mengawal harga durian di Pulau Pinang menjawab,
Harga durian tidak tertakluk di bawah harga kawalan, tetapi harganya mengikut harga pasaran dan Kerajaan Negeri tidak mengawalnya.
Apa yang kita boleh pelajari di sini adalah bagaimana Rejim DAP Pulau Pinang mengaku yang mereka sendiri tidak mampu mengawal harga barang. Kalau harga durian pun Timbalan Ketua MMK PKR ini tidak boleh kawal, bagaimana Pakatan Harapan boleh berjanji sekiranya mereka memerintah, kos sara hidup akan turun dan harga barangan akan turun?
Sebagai penutup, kita lihat apa cadangan daripada ADUN Seri Delima seperti di bawah:
Adakah durian merupakan keutamaan kepada penduduk di Pulau Pinang hari ini? Adakah harga durian merupakan masalah terbesar Rakyat Pulau Pinang sehingga dibincangkan di DUN? Kenapa tidak dicadangkan kad diskaun untuk pembeli-pembeli rumah yang majoritinya melangkaui tahap kemampuan rata-rata penduduk Pulau Pinang? Apalah nasib Rakyat Pulau Pinang mendapat Wakil Rakyat yang bodoh sebegini.
Demikianlah Artikel Kenapalah Pulau Pinang Ada ADUN Yang Bodoh Seperti SN Rayer?
Sekianlah artikel Kenapalah Pulau Pinang Ada ADUN Yang Bodoh Seperti SN Rayer? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapalah Pulau Pinang Ada ADUN Yang Bodoh Seperti SN Rayer? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/kenapalah-pulau-pinang-ada-adun-yang.html