[JERANTUT] HONDA C70 DIBERI NAFAS BAHARU

[JERANTUT] HONDA C70 DIBERI NAFAS BAHARU - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JERANTUT] HONDA C70 DIBERI NAFAS BAHARU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JERANTUT] HONDA C70 DIBERI NAFAS BAHARU
link : [JERANTUT] HONDA C70 DIBERI NAFAS BAHARU

Baca juga


[JERANTUT] HONDA C70 DIBERI NAFAS BAHARU


Honda C70 diberi nafas baharu


Melihat kepada keunikan rupanya, siapa sangka ia hanyalah sebuah motosikal lama Honda C70 yang telah diberi nafas baharu.

Motosikal yang dibeli sekitar tahun 1986 itu diberi sentuhan kreatif hasil 'air tangan' Zabidi Hisyam Yahya, 38.

Menurutnya, dia mula mengubahsuai motosikal terbabit sekitar tahun 2014.

“Motor ni, motor lama milik ayah saya. Dulu masa kecil motor ni lah satu-satunya kenderaan yang kami sekeluarga guna.

“Sebab sayangkan motor ni, saya fikir lebih baik saya baiki dan ubah suai,” katanya.

Tambahnya, sebanyak RM3,000 telah dihabiskan untuk mengubahsuai motosikal itu dengan bantuan keluarga dan rakan-rakan.

“Memang saya minat ubah suai kenderaan. Masa kecil lagi saya dah ubah suai basikal.

“Daripada basikal, saya beralih pula kepada motosikal dan sekarang ni saya minat juga ubah suai kereta lama,” katanya.

Zabidi berkata, selain mengubahsuai bahagian rangka motosikal itu, Zabidi turut menggantikan enjin motosikal terbabit yang sebelum ini sudah lusuh.

“Saya tak tukar kapasiti enjin (cc) dan masih mengekalkan cc yang asal.

“Cuma enjinnya saja yang saya tukar dan gantikannya dengan enjin motosikal Honda EX5,” katanya.

Dalam pada itu, Zabidi yang juga merupakan seorang peniaga berkata, aktiviti mengubahsuai ternyata memberi manfaat dan keuntungan kepada peminat aktiviti berkenaan.

“Kalau kita jual motosikal lama yang sudah diubah suai...boleh cecah belasan ribu ringgit.

“Kami ubah suai kenderaan lama bukan untuk berlumba atau menunjuk kenderaan siapa lagi hebat, tapi sebagai menggalakkan golongan belia mengasah bakat terpendam mereka.

“Menerusi bakat yang ada itulah mereka boleh dapatkan kerja di sektor berkaitan selain boleh buat perniagaan sendiri,” katanya.




Demikianlah Artikel [JERANTUT] HONDA C70 DIBERI NAFAS BAHARU

Sekianlah artikel [JERANTUT] HONDA C70 DIBERI NAFAS BAHARU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JERANTUT] HONDA C70 DIBERI NAFAS BAHARU dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/jerantut-honda-c70-diberi-nafas-baharu.html

Subscribe to receive free email updates: