Judul : Hanya RM20 Juta Diperuntukkan Oleh MBPP Dan MPSP Untuk Projek Banjir? Gilakah Ini Ketua Menteri @cmlimguaneng?
link : Hanya RM20 Juta Diperuntukkan Oleh MBPP Dan MPSP Untuk Projek Banjir? Gilakah Ini Ketua Menteri @cmlimguaneng?
Hanya RM20 Juta Diperuntukkan Oleh MBPP Dan MPSP Untuk Projek Banjir? Gilakah Ini Ketua Menteri @cmlimguaneng?
Dalam Bajet 2018 Pulau Pinang hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang hanya memperuntukkan RM20 juta sahaja melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MBSP). Jumlah ini tidak masuk akal memandangkan menurut rekod Rejim DAP Pulau Pinang hari ini, memaklumkan sebanyak 119 kejadian banjir kilat direkodkan berlaku di negeri ini, sejak tahun 2013 hingga 15 Oktober lalu.
EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow, berkata kejadian banjir itu masing-masing berlaku sebanyak 22 kali pada 2013; 20 (2014); 26 (2015); 30 (2016) dan 21 kes sama direkodkan sehingga 15 Oktober lalu. Bagaimana Rejim DAP Pulau Pinang boleh mendakwa Bajet 2018 Pulau Pinang adalah 'Bajet Marhaen' sedangkan mereka tidak ada kesungguhan untuk mengatasi masalah banjir.
Pulau Pinang sanggup membazirkan RM30 juta untuk laluan basikal sepanjang 12 km. Baca di sini. Laluan ini mendapat kritikan hebat apabila jalan basikal berkenaan hanya dicat dengan warna hijau. Baca di sini. Lebih memalukan Rejim DAP Pulau Pinang sanggup menghabiskan RM305 juta untuk kertas kerja asas projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang sehingga kini masih belum siap. Baca di sini.
Ketua Menteri Pulau Pinang menghina golongan Orang Kurang Upaya (OKU) apabila beliau menyindir Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai dengan berkata beliau akan menghulurkan kerusi roda atau tongkat kepada DS Liow untuk menghadapi hari-hari terakhir sebagai Menteri sekiranya beliau bertemu di koridor Parlimen. Baca di sini.
Joseph Lim Guan Eng seharusnya tidak bersikap bongkak dan takbur dengan menghina DS Liow, apatah lagi sanggup merendah-rendahkan golongan OKU. Nasib siapa yang menghadapi hari-hari terakhir sebagai Menteri, tiada siapa yang tahu. Adakah DS Liow atau Josep Lim Guan Eng sendiri. Jika bukan Kerajaan Pusat yang membantu memberikan peruntukan RM150 juta kepada negeri Pulau Pinang, pastinya masalah banjir akan menjadi lebih teruk lagi. Baca di sini. Jadi, tidak perlulah sombong dan bongkak sangat!
Demikianlah Artikel Hanya RM20 Juta Diperuntukkan Oleh MBPP Dan MPSP Untuk Projek Banjir? Gilakah Ini Ketua Menteri @cmlimguaneng?
Sekianlah artikel Hanya RM20 Juta Diperuntukkan Oleh MBPP Dan MPSP Untuk Projek Banjir? Gilakah Ini Ketua Menteri @cmlimguaneng? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hanya RM20 Juta Diperuntukkan Oleh MBPP Dan MPSP Untuk Projek Banjir? Gilakah Ini Ketua Menteri @cmlimguaneng? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/hanya-rm20-juta-diperuntukkan-oleh-mbpp.html