Judul : Enam wakil PAS tolak Bajet 2018 mungkin tak terima arahan
link : Enam wakil PAS tolak Bajet 2018 mungkin tak terima arahan
Enam wakil PAS tolak Bajet 2018 mungkin tak terima arahan
Ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2018 dalam usul pengundian blok (belah bahagian) malam semalam, mungkin tidak menerima arahan mengenai cara mengundi, kata seorang rakan mereka.
Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata mereka mungkin terkejut.
“Mungkin mereka tidak dapat arahan (mengenai pengundian blok). Terkejut,” kata Idris kepada Malaysiakini.
Beliau bagaimana pun enggan menjawab apabila ditanya sama ada arahan yang dimaksudkannya adalah supaya ahli parlimen PAS mengambil pendirian berkecuali dengan tidak mengundi.
Namun, katanya setiap wakil rakyat PAS bebas membuat keputusan mereka sendiri, dan tiada tindakan akan diambil terhadap mereka.
Malam semalam, pembangkang hampir berjaya menolak Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa
Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.
Idris, yang adalah presiden PAS, dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff memilih untuk tidak mengundi.
Bagaimanapun, enam ahli parlimen PAS yang lain mengundi menentang belanjawan itu, iaitu Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh), Izani Husin (Pengkalan Chepa) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan pemimpin tertinggi lain, Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin Hassan, Nik Abduh Nik Aziz, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali dan Che Rosli Che Mat tidak hadir.
Idris kemudian membidas mereka yang memfitnahnya dan Siti Zailah kerana menjauhkan diri dari undi blok tersebut.
Di dalam catatan Facebook, beliau berkata bahawa undi blok malam tadi bukanlah protes terhadap kenaikan kos sara hidup.
“Semalam bukan undi atau sokong kenaikan harga barang atau sokong harga kenaikan petrol. Kenapa pula fitnah mengatakan saya dan Kak Lah (MP Rantau Panjang) berkecuali dan sokong kenaikan harga barang dan petrol. Ini satu fitnah,” kata Idris.
Sementara itu, Nasrudin, yang juga ketua penerangan PAS, berkata soalan juga harus ditanya kepada 26 ahli parlimen Pakatan Harapan yang tidak hadir semasa undi blok malam semalam.
“Jangan tanya (yang) berkecuali. Tanya 26 orang yang tak hadir macam mana?
“Kalau mereka (HARAPAN) mahu menang, mereka kena kerah 26 orang itu datang di kalangan Harapan. PAS memang dah jelas dari awal berkecuali,” kata Ahli Parlimen Temerloh itu.
Setakat ini, belum dipastikan siapa di kalangan 26 ahli parlimen HARAPAN yang tidak hadir semasa undi blok malam semalam.
Malaysiakini 21/11/17
Demikianlah Artikel Enam wakil PAS tolak Bajet 2018 mungkin tak terima arahan
Sekianlah artikel Enam wakil PAS tolak Bajet 2018 mungkin tak terima arahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enam wakil PAS tolak Bajet 2018 mungkin tak terima arahan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/enam-wakil-pas-tolak-bajet-2018-mungkin.html