Judul : DS @NajibRazak Disihir DS Rosmah Mansor? Tun @chedetofficial Semakin Nyanyuk
link : DS @NajibRazak Disihir DS Rosmah Mansor? Tun @chedetofficial Semakin Nyanyuk
DS @NajibRazak Disihir DS Rosmah Mansor? Tun @chedetofficial Semakin Nyanyuk
Agak pelik sebagai mantan seorang Doktor perubatan moden yang juga seorang Muslim, 'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir mengheret masyarakat untuk mempercayai perkara-perkara yang bertentangan dengan ilmu Islam dan juga sains. Sebagai seorang Muslim kita tidak harus mudah untuk percaya perkara-perkara khurafat dan syirik seperti kuasa bomoh.
Kedua, kita harus sedar bahawa Allah merupakan penentu dan berkuasa ke atas segala sesuatu. Pokoknya, kita perlu sentiasa waspada agar tidak terjerumus dalam perbuatan syirik sekalipun hanya mempercayai kuasa bomoh. Dalam melontar pandangan, kita harus berhati-hati agar ia tidak menimbulkan fitnah.
Ketiga, dengan melontar pandangan di khalayak ramai dan menggunakan pembesar suara, secara tidak langsung ia telah membuka satu ruang fitnah dan tohmahan terhadap seseorang. Cara sebegini adalah tidak betul kerana wanita itu sendiri tidak tahu kesahihan perkara ini. Maaf kalau saya berkata rupa paras wanita yang bertanyakan soalan itu seperti telah dibomohkan. Hodoh betul! Kata orang, biar hodoh rupa paras dan bukan hodoh kelakuan.
Keempat, sekiranya benar adanya bomoh yang benar-benar berkuasa, sudah lama Barisan Nasional (BN) telah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) dengan 222 kerusi dan menawan kesemua 13 negeri. Tambahan lagi, telah lama musuh-musuh politik DS Najib Tun Razak telah tunduk kepada beliau akibat dibomohkan. Di mana logiknya jika suami dibomoh, tetapi musuh-musuh politik suami dibiarkan bermarajalela dan parti yang diketuai suami masih menghadapi cabaran dalam setiap pilihanraya?
Kesimpulannya, diharap Tun Dr Mahathir tidak menyebarkan perkara-perkara yang syirik kepada masyarakat. Keluarga Tun Dr Mahathir sendiripun masih tunggang langgang, langsung tidak mengikut lunas dan akidah Islam. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah dengan sebaiknya, serta jagalah nama baik orang Islam agar tidak dipandang sebagai pembawa berita palsu dan berfikiran kolot.
Demikianlah Artikel DS @NajibRazak Disihir DS Rosmah Mansor? Tun @chedetofficial Semakin Nyanyuk
Sekianlah artikel DS @NajibRazak Disihir DS Rosmah Mansor? Tun @chedetofficial Semakin Nyanyuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DS @NajibRazak Disihir DS Rosmah Mansor? Tun @chedetofficial Semakin Nyanyuk dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/ds-najibrazak-disihir-ds-rosmah-mansor.html