Judul : DAFTAR PARTI PUN GAGAL, MACAM MANA NAK URUS MALAYSIA? - PAS
link : DAFTAR PARTI PUN GAGAL, MACAM MANA NAK URUS MALAYSIA? - PAS
DAFTAR PARTI PUN GAGAL, MACAM MANA NAK URUS MALAYSIA? - PAS
Kegagalan Pakatan Harapan (PH) mendaftarkan gabungan itu menunjukkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal menguruskan partinya sendiri.
Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia juga membuktikan blok pembangkang terbesar negara itu tidak mampu mentadbir jika menawan Putrajaya.
“Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun tiba-tiba nak urus pendaftaran parti pun tak boleh selesai.
“Macam mana nak urus negara? Sampai mesyuarat agung PPBM hanya 12 orang yang hadir,” kataTimbalan Menteri Besar Kelantan itu ketika menghadiri Sidang DUN di Kota Bharu, semalam.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa masalah dihadapi PPPBM dan DAP menjadi punca kelewatan pendaftaran PH.
Pada masa sama, Nik Amar berkata isu itu menunjukkan kelemahan Dr Mahathir sebagai seorang yang gagal pemimpin.
“Kalau parti dia sendiri pun tak boleh nak urus, kata nak tukar kerajaan.
“Macam mana nak uruskan Malaysia?
Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak boleh meluluskan permohonan pendaftaran kerana masih terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan oleh gabungan itu.
Demikianlah Artikel DAFTAR PARTI PUN GAGAL, MACAM MANA NAK URUS MALAYSIA? - PAS
Sekianlah artikel DAFTAR PARTI PUN GAGAL, MACAM MANA NAK URUS MALAYSIA? - PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAFTAR PARTI PUN GAGAL, MACAM MANA NAK URUS MALAYSIA? - PAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/daftar-parti-pun-gagal-macam-mana-nak.html