3 beranak dibunuh: Suspek rapat dengan keluarga

3 beranak dibunuh: Suspek rapat dengan keluarga - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 beranak dibunuh: Suspek rapat dengan keluarga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 beranak dibunuh: Suspek rapat dengan keluarga
link : 3 beranak dibunuh: Suspek rapat dengan keluarga

Baca juga


3 beranak dibunuh: Suspek rapat dengan keluarga

 | November 16, 2017
Mangsa yang cedera berkata dia tidak tahu kenapa suspek bertindak sedemikian kerana sebelum ini tiada sebarang perbalahan dan suspek dianggap sebahagian daripada keluarga.
3-beranak-mati-kena-bunuh 
KOTA BHARU: Suspek disyaki terlibat dalam pembunuhan 3 sekeluarga di sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan perkakasan di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab semalam dikatakan agak rapat dengan keluarga terbabit.

Mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut, Kha Xing Rhuu, 15, berkata suspek sudah 4 tahun bekerja dengan bapanya dan rapat dengan keluarganya.
Dia ditemui pemberita sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk menghadiri pengebumian ibu, bapa dan adiknya yang dibunuh dalam kejadian di Bachok tersebut.

Dalam kejadian antara 1.30 tengah hari dan 2.00 petang semalam, mangsa yang maut ialah Kha Eng Ni, 42, isterinya Chua Joo Seok, 43 serta anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

Xing Rhuu berkata dia mangsa yang terakhir dicederakan suspek menggunakan penukul sebelum suspek melarikan diri menggunakan van pikap keluarganya.
Katanya, dia dipukul di kepala dan bahu namun bernasib baik kerana pukulan itu tidak kena tepat di kepala, menyebabkan 2 jahitan di kepala selain lebam di bahu.

“Ketika kejadian berlaku, saya baru pulang dari sekolah bersama adik lelaki saya, Kha Zee Hanz dengan menaiki van.
“Sebaik sampai ke rumah suspek menghalang adik saya untuk masuk ke rumah dan mengarahkan adik mengambil fail dalam van,” katanya.

Katanya ketika itu dia terus masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat bapa terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.
Menurutnya, ketika itu dia terus menelefon rakan dan sempat melihat adiknya ditarik masuk ke dalam rumah oleh suspek.

“Saya kemudiannya berteriak sambil merayu supaya suspek tidak mengapa-apakan adik saya namun suspek terus menghentak kepala adik saya dengan penukul.
“Ketika itu saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kejadian begitu pantas. Selepas itu suspek datang kepada saya dan turut memukul saya dengan tukul yang sama,” katanya.

Menurut gadis itu, kejadian disedari oleh jiran yang kemudian membawanya ke hospital.
“Saya tidak tahu kenapa suspek bertindak sedemikian kerana dia sebelum ini tiada sebarang perbalahan antara kami dan dia dianggap sebagai keluarga sendiri oleh kami semua,” katanya


Demikianlah Artikel 3 beranak dibunuh: Suspek rapat dengan keluarga

Sekianlah artikel 3 beranak dibunuh: Suspek rapat dengan keluarga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 beranak dibunuh: Suspek rapat dengan keluarga dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/3-beranak-dibunuh-suspek-rapat-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :