2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB

2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB
link : 2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB

Baca juga


2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB

 | November 1, 2017
Penguasa Kewangan Singapura mengeluarkan perintah larangan 6 tahun ke atas Kelvin Ang, bekas ahli perniagaan dan bekas penganalisis kajian Lee Chee Waiy.
1mdb-singapore-3SINGAPURA: Dalam usaha menggilap imejnya daripada skandal 1MDB, Singapura melarang 2 lagi individu atas pecah amanah berkaitan skandal itu.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan perintah larangan 6 tahun ke atas Kelvin Ang, bekas ahli perniagaan dan bekas penganalisis kajian Lee Chee Waiy, menurut satu kenyataan emel hari ini.

Ekoran itu, jumlah orang yang dilarang MAS daripada industri kewangannya atas hal berkaitan 1MDB meningkat kepada 6 orang.

Ang yang dulunya bekerja untuk Maybank Kim Eng Securities Pte, didenda S$9,000 (RM27,974) pada Mei lalu selepas mengakui membuat pembayaran korup kepada Lee yang bekerja di NRA Capital Pte untuk mempercepat persiapan satu laporan penilaian.

MAS juga mahu melarang Yeo Jia Wei yang juga seorang bekas perancang kewangan dengan bank Swiss BSI SA buat selama-lamanya.
Yeo dihukum pada Julai sehingga 54 bulan dalam penjara atas tuduhan termasuk pelaburan wang haram dan menipu bekas majikan.

Singapura mengambil langkah melindungi reputasinya dalam kekecohan kes pengubahan wang haram paling besar disiasat dalam sejarahnya. Singapura menutup 2 cawangan tempatan bank Swiss, merampas beratus juta aset dan mensabit 5 orang atas kesalahan berkaitan 1MDB.

Pada Mac lalu, MAS melarang bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Tim Leissner daripada industri sekuriti untuk 10 tahun selepas mengatakan beliau mengeluarkan surat tanpa kebenaran dan membuat kenyataan palsu bagi pihak bank Amerika Syarikat.

“MAS mahu golongan profesional dalam industri perkhidmatan kewangan mendokong integriti standard tinggi dan perlakuan yang betul,” kata Ong Chong Tee, timbalan pengarah pengurusan bahagian seliaan kewangan.

“Mereka yang tidak mencapai standard ini akan diambil tindakan tegas, untuk melindungi kepercayaan awam terhadap institusi kewangan kita dan reputasi Singapura sebagai pusat kewangan yang bersih.”
FMT


Demikianlah Artikel 2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB

Sekianlah artikel 2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/2-lagi-dilarang-singapura-kerana-pecah.html

Subscribe to receive free email updates: