Judul : 12 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, SPAD Gantung Operasi Tren Kargo KTMB
link : 12 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, SPAD Gantung Operasi Tren Kargo KTMB
12 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, SPAD Gantung Operasi Tren Kargo KTMB
Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menerusi akaun Twitternya, @ktm_b pada jam 5.15 pagi semalam, memaklumkan perkhidmatan tren di beberapa destinasi sekitar Lembah Klang mengalami gangguan susulan insiden tren kargo tergelincir di Stesen Bank Negara. Berikutan itu, tiada tren dapat melalui stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra dan Segambut.
Insiden itu turut menyebabkan operasi perkhidmatan komuter terhad ke beberapa destinasi saja iaitu Tanjung Malim - Kepong, Pelabuhan Klang - KL Sentral, Tampin / Seremban - KL Sentral dan Batu Caves - Sentul. KTMB menasihatkan penumpang menggunakan perkhidmatan alternatif iaitu MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT Subang Jaya.
Berikutan insiden yang berlaku pada jam 2.58 pagi itu, barisan pengurusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diketuai Encik Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif, SPAD telah ke lokasi untuk memastikan KTMB mengambil langkah yang sewajarnya untuk mempercepatkan kerja-kerja baikpulih dengan serta merta.
Dalam pada itu, SPAD dalam Kenyataan Media mereka semalam telah mengarahkan KTMB untuk menggantung operasi tren kargo sepanjang laluan Rawang - Salak Selatan berikutan insiden berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, KTMB dalam satu kenyataan mereka hari ini memaklumkan perkhidmatan tren yang tergendala selepas kereta api kargo tergelincir, akan kembali beroperasi seperti biasa Selasa depan. Menurut Pengurus Besar Jabatan Operasi KTMB, Mahendran R. Supiah, setakat ini, sebanyak 20 peratus kerja baik pulih telah dilakukan.
Dalam perkembangan berkaitan, KTMB dalam satu kenyataan mereka hari ini memaklumkan perkhidmatan tren yang tergendala selepas kereta api kargo tergelincir, akan kembali beroperasi seperti biasa Selasa depan. Menurut Pengurus Besar Jabatan Operasi KTMB, Mahendran R. Supiah, setakat ini, sebanyak 20 peratus kerja baik pulih telah dilakukan.
Demikianlah Artikel 12 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, SPAD Gantung Operasi Tren Kargo KTMB
Sekianlah artikel 12 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, SPAD Gantung Operasi Tren Kargo KTMB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 12 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, SPAD Gantung Operasi Tren Kargo KTMB dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/12-gerabak-tren-kargo-tergelincir-spad.html