[Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.

[Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.
link : [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.

Baca juga


[Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.

Rabu, 4 Oktober 2017


Hanya kerajaan diktator sanggup mengarahkan pelajar menaikkan bendera serta menyanyikan lagu parti pemerintah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut bekas perdana menteri itu beliau pernah melawat sebuah negara asing yang mewajibkan semua rakyat menyokong pemimpinnya.
Negara yang sebegitu, katanya, memang menanamkan perasaan kagum melampau kepada pemimpinnya walaupun latar belakang individu terbabit tidak layak diperlakukan begitu.
"Jadi, untuk mengekalkan sokongan kepada pemimpin 'penyangak' ini maka dia suruh semua orang memuji pemimpin, menyanyi lagu pemimpin dan sebagainya.
"Malangnya ini sudah berjangkit kepada Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada media di Petaling Jaya hari ini.
Dr Mahathir ditemui di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau ialah pengerusi parti berkenaan.
Semalam Malaysiakini melaporkan pelajar sekolah rendah di Putrajaya dihiasi dengan bendera Umno sempena pertandingan menghias bilik darjah dengan tema Umno dan Kemerdekaan.
Selaras dengan tema itu, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) itu bukan sahaja dihiasi dengan kibaran bendera kebangsaan tetapi juga bendera Umno.
Dia buat apa saja
Turut kelihatan sepanduk Hidup Umno, Hidup Melayu, Dulu, Kini dan Selamanya yang digantung di tengah pentas.
Potret Najib pula diletakkan di tempat yang tinggi manakala gambar Dr Mahathir - sebagai salah seorang perdana menteri Malaysia - di bahagian bawah dikepung pasu pokok.
Acara itu dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun Umno Putrajaya menjelaskan peristiwa semalam itu menunjukkan kefahaman mereka tentang sejarah kemerdekaan yang dipaparkan melalui pertandingan menghias bilik darjah.

Ketua Pemuda Umno Putrajaya Ahmad Faisal Abdul Karim berkata apa yang berlaku bukanlah usaha Umno membawa politik masuk ke sekolah.
Katanya, tiada siapa yang dapat menafikan peranan Umno bersama-sama MCA dan MIC dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
"Ini adalah fakta sejarah yang bukan direka atau dimanipulasi. Murid-murid menghayati perjuangan untuk mencapai kemerdekaan," katanya.
Buat masa ini ada khabar menyatakan Dr Mahathir akan bertanding mewakili Pakatan Harapan di Putrajaya.
Kata Dr Mahathir pemimpin yang mengarahkan pelajar menyanyikan lagu parti kerana mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.
Katanya kerajaan tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti politik, termasuk yang memerintah.
"Ini tak boleh. Kita tak boleh guna alat kerajaan untuk kepentingan parti.
"Ini salah, tapi kita sekarang mempunyai kerajaan yang tidak mengikut kedaulatan undang-undang. Dia buat apa saja, tapi saya yakin rakyat tahu ini adalah salah guna kuasa oleh kerajaan," katanya.
Menjelaskan lagi kejadian itu Dr Mahathir berkata Umno kini muflis idea dan tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan untuk menarik sokongan rakyat.
"Mereka takut jadi mereka buat semua benda yang salah. Ini adalah jenis sistem yang diamalkan oleh diktator," katanya.

malaysiakini


Demikianlah Artikel [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.

Sekianlah artikel [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/video-tun-m-hanya-diktator-suruh-murid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :