Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap

Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap
link : Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap

Baca juga


Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap

TERENGGANU - Dua lelaki berjaya ditahan selepas cuba melakukan cubaan samun ke atas sebuah kedai alat telekomunikasi di sebuah kompleks beli-belah.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada awal pagi tadi sekitar pukul 12.53 pagi di Kompleks Kemaman Central Point.

Kedua-dua suspek dikatakan meceroboh masuk ke dalam kompleks berkenaan dengan bersenjatakan pisau dapur dan batang besi ketika kejadian.

Kedua-dua mereka telah memotong selak mangga pintu salah satu pintu masuk bangunan berkenaan dalam cubaan menyamun kedai alat telekomunikasi terbabit.

Pengawal keselamatan yang memantau kelibat kedua-dua suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya mengesan kelibat mereka ketika menuruni eskalator.

Melalui rakaman CCTV tersebut kelihatan dua suspek berkenaan yang cuba menyembunyikan diri dengan menggunakan 'bunting iklan' ketika cuba melarikan diri melalui eskalator.

Walau bagaimanapun tindakan kedua suspek tidak berjaya mengaburi mata pengawal keselamatan yang bertugas sehingga mengundang padah terhadap mereka apabila pengawal keselamatan terbabit telah membuat laporan polis.

Pihak pengurusan Center Point  serta bersama pihak polis dan turut dibantu oleh beberapa orang awam kemudiannya telah bertindak mengepung bangunan kompleks berkenaan dalam usaha menangkap kedua-dua suspek.

Menurut sumber yang memuat naik gambar serta video sekitar kejadian tersebut melalui laman media sosial Facebook memberitahu bahawa salah seorang suspek turut cuba bertindak kasar terhadap mereka ketika melakukan  kepungan terhadap kedua suspek.

Menurut sumber, salah seorang daripada suspek berkenaan cuba melibas batang besi yang menjadi senjatanya ke arah mereka ketika mereka cuba menahan kedua-dua suspek.

Namun begitu, cubaan suspek berkenaan yang cuba melarikan diri tersebut gagal apabila hayunan batang besi tersebut berjaya di elak.

Dua suspek samun tersebut bagaimanapun akhirnya berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-The Reporter







Demikianlah Artikel Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap

Sekianlah artikel Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/video-taktik-dua-penyamun-elak-dirakam_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :