[Video Reformasi] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi.

[Video Reformasi] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Reformasi] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Reformasi] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi.
link : [Video Reformasi] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi.

Baca juga


[Video Reformasi] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi.

Ahad, 1 Oktober 2017

Kepercayaan rakyat kepada media arus perdana mula terhakis sejak zaman reformasi yang menyaksikan Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2017.
Kepercayaan rakyat kepada media arus perdana mula terhakis sejak zaman reformasi yang menyaksikan Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2017.

Wibawa media arus perdana hancur kerana pendirian pro BN mereka

Wibawa media arus perdana hancur kerana pendirian pro BN mereka
Penganalisis dan wartawan kanan berpendapat media arus perdana diterajui pengarang yang menyokong dan percaya kepada perjuangan BN menyebabkan kandungan media diketuai mereka diatur menepati kepercayaa itu. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2017.
MEDIA arus perdana hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri kerana kehilangan pembaca dan kepercayaan rakyat kerana pendirian pro Barisan Nasional (BN) mereka telah memusnahkan kewibawaan mereka, kata seorang pakar media.
Internet juga menyumbang kepada situasi ini ketika semakin ramai rakyat Malaysia berhijrah kepada portal berita dalam talian dan pandangan yang selama ini dipinggirkan atau ditindas dalam akhbar, saluran telivisyen percuma dan radio.
Walaupun pengarang di saluran media arus perdana mengatakan pendirian kepengarangan mereka disebabkan wujudnya undang-undang ketat yang mengawalselia permit dan lesen mereka, pemerhati mengatakan ia bukanlah kisah penuh mengapa mereka mengambil pendirian sebegitu.
Banyak saluran media arus perdana ini diterajui oleh pengarang yang sebenarnya percaya dan menyokong perjuangan BN dan kerana itu kandungan media mereka digubah untuk menepati kepercayaan itu, kata wartawan veteran Wan Hamidi Hamid.
Walaupun media arus perdana kehilangan ramai pembaca dan semakin ramai orang mengikuti berita dalam talian, pakar media seperti Dr Mustafa Kamal Anuar bimbang yang ini mungkin menyebabkan BN mula mengawal kandungan laman sesawang- tindakan yang melanggar janji kerajaan dibuat pada 1990-an untuk tidak menapis internet.
“Nampaknya wujud kecenderungan pada kerajaan BN sekarang untuk mendaftar dan mengawal penerbitan dalam talian, tindakan (yang sekiranya berlaku) adalah tindakan menekan dilakukan mereka.
“Ia adalah idea yang salah untuk membantu kejatuhan (pembaca dan edaran) MSM (media arus perdana),” kata Mustafa dari Penang Institute.
Kejatuhan pembaca
Pada Jumaat, orang lama industri akhbar, Abdul Jalil Ali berkata pentadbiran BN kehilangan pengaruh dalam kalangan pengundi melalui akhbar utama yang dikawalnya disebabkan penuruan edaran.
Media arus perdana yang lemah dengan jumlah pembaca yang rendah adalah berita buruk kepada pakatan pemerintah apatah lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin menghampiri, kata Abdul Jalil yang merupakan penasihat eksekutif pengarah Kumpulan Media KarangKraf.
KarangKraf adalah salah sebuah penerbit terbesar majalah dan buku Bahasa Malaysia serta pemilik akhbar Sinar Harian.
Menurut data dikeluarkan Biro Audit Pengedaran Malaysia (ABC), semua akhbar arus perdana mengalami kejatuhan edaran pada 2016 berbanding 2012.
Harian Metro jatuh paling teruk iaitu sebanyak 62.5% daripada 379,169 naskah kepada 142,262. New Straits Times pula berada di kedudukan kedua kejatuhan terburuk, dengan edaran jatuh sebanyak 41.6% daripada 93,321 naskah pada penghujung tahun 2012 kepada 54,490 naskah pada hujung tahun lepas.
Akhbar media arus perdana utama berbahasa Malaysia, Utusan Malaysia dan Berita Harian pula mengalami kejatuhan edaran sebanyak 30% dalam tempoh yang sama.
Tetapi, untuk berlaku adil, penurunan edaran dan kehilangan pembaca akhbar adalah fenomena berlaku di seluruh dunia, kata Wan Hamidi seorang wartawan veteran dengan pengalaman media 20 tahun.
“Selain peningkatan kos cetakan, edaran juga jatuh kerana orang lebih banyak bergantung kepada internet.”
Tetapi apa yang memburukkan lagi kejatuhan akhbar di Malaysia adalah kerana krisis kepercayaan yang semakin melebar sejak zaman reformasi, kata Prof Zaharom Nain dari Nottingham University Malaysia.
“Saya percaya, internet dan Anwar (pemenjaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim) memainkan peranan penting dalam mengubah persepsi rakyat kepada MSM,” kata Zaharom yang merupakan profesor dalam bidang media dan komunikasi.
Penyebaran berita internet sejak pertengahan 1990-an yang membuka ruang baru maklumat serta berita, ditambah dengan propaganda terang-terangan dilakukan MSM yang merupakan penghinaan kepada intelek ramai rakyat Malaysia menyumbang kepada kejatuhan ini.
Ruang yang semakin tertutup
Wan Hamidi berkata bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi cuba membebaskan ruang perbezaan pendapat dalam media arus perdana.
“Ada kebebasan yang diperlihatkan dalam media semasa eranya tetapi itu hanyalah kerana ia lebih terbuka berbanding zaman Dr Mahathir Mohamad.
“Tetapi di penghujung era pentadbiran Pak Lah, ia kembali kepada ‘kerajaan lebih tahu’,” kata Wan Hamidi yang pernah bekerja di NST, The Star, The Sun dan Berita Harian.
Walaupun ada pengarang kanan dan wartawan yang cuba memperjuangkang lebih kebebasan dalam akhbar, usaha ini tidak menerima sambutan, kata Wan Hamidi.
Kawalan diperketatkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak. Pentadbirannya menyaksikan lesen percetakan untuk The Heat dan The Edge Financial Weekly digantung kerana kandungan yang mengkritik perdana menteri dan pentadbirannya. – 1 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight

NSTP hentikan cetakan akhbar harian di Sabah, Sarawak 

NSTP hentikan cetakan akhbar harian di Sabah, Sarawak 
Masyarakat di Sabah dan Sarawak kini hanya boleh mengikuti berita NSTP menerusi portal dalam talian. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2017.

BERMULA hari ini akhbar versi cetak milik The New Straits Times Press (NSTP), New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro tidak lagi dijual di Sabah dan Sarawak, lapor BH semalam. 
Ia berikutan penurunan jualan bagi tiga akhbar itu, menurut statistik terbaharu daripada Audit Bureau of Circulations Malaysia.
The Malaysian Insight


Demikianlah Artikel [Video Reformasi] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi.

Sekianlah artikel [Video Reformasi] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Reformasi] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/video-reformasi-nstp-hentikan-cetakan.html

Subscribe to receive free email updates: