Judul : [Video Najib Tahu Akan Dipenjara Jika PH Menang] Najibnomics gagal, rakyat pula diperli dan dipersalahkan & Ribuan rumah boleh dibina dengan harga berlian isteri MO1.
link : [Video Najib Tahu Akan Dipenjara Jika PH Menang] Najibnomics gagal, rakyat pula diperli dan dipersalahkan & Ribuan rumah boleh dibina dengan harga berlian isteri MO1.
[Video Najib Tahu Akan Dipenjara Jika PH Menang] Najibnomics gagal, rakyat pula diperli dan dipersalahkan & Ribuan rumah boleh dibina dengan harga berlian isteri MO1.
Ahad, 1 Oktober 2017Ribuan rumah boleh dibina dengan harga berlian isteri MO1 – Mohd Ammar Atan
Umum mengetahui bahawa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat telah mula memfailkan buat kali ketiga saman “civil forfeiture” di bawah tindakan ‘Kleptocracy Asset Recovery Initiative’ untuk menyita dan merampas serta melucut beberapa aset tambahan kepada saman yang dibuat oleh DOJ pada 20 Julai 2016 yang disyaki hasil daripada penyelewengan dan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Baru-baru ini DOJ sekali lagi tangkas dan berani mengumumkan pelbagai fakta yang cukup menakutkan hasil daripada penyelewangan dana rakyat yakni 1MDB.
Secara kasar laporan itu telah menyebut AS$4.5 billion telah diseleweng dan yang lebih mengejutkan lagi adalah seutas rantai berloket berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta (RM122 juta) dan 27 barang kemas bernilai AS$ 1.3 juta (RM6 juta)
Bayangkan dengan nilai barangan maha mewah isteri MO1 yang bernilai RM128 juta itu, kerajaan yang bersih seperti di negeri Selangor dan Pulau Pinang melalui Selangorku dan Program Perumahan Awam dan Mampu Milik pasti boleh membina lebih 1,000 buah rumah mampu milik untuk rakyat, tanpa sebarang komisen tambahan.
Itupun baru sahaja seutas ratai berloket berlian merah jambu, tidak masuk lagi AS$4.5 billion (RM19.8 billion) wang yang disyaki telah diselewengkan dari 1MDB dan dengan nilai sebanyak itu, kerajaan boleh bina lebih 132 ribu buah rumah.
Tapi malangnya, wang yang sepatutnya disalurkan untuk kepentingan rakyat mengalir dan menghiasi tubuh badan isteri MO1.
Segala masalah penyelewangan wang rakyat sejak dahulu lagi membuktikan bahawa, sekiranya kerajaan bersih dan bebas rasuah, pasti dana yang ada pada hari ini adalah cukup dan tidak logik untuk sebuah kerajaan yang bersih mengutip cukai GST daripada rakyat.
MOHD AMMAR ATAN
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan
Pemuda AMANAH
3 Julai 2017
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan
Pemuda AMANAH
3 Julai 2017
Najibnomics gagal, rakyat pula diperli dan dipersalahkan
DARI sudut ekonomi, kerajaan Najib Razak bersikap angkuh dan tidak peduli. Najib tidak memahami kehidupan rakyat biasa dan tidak bersedia mengakui bahawa pengurusan ekonomi Najib atau Najibnomics gagal memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Apabila kebimbangan disuarakan, mereka yang bersuara dan mengeluh pula dipersalahkan.
Hujung minggu lalu, Najib membidas pihak yang mengkritik dasar GST. Baginya, cukai regresif 6% itu baik untuk negara dan tiada orang yang seharusnya mengeluh atau mengadu tentang cukai itu.
Dengan nada sindiran, beliau dipetik media sebagai berkata: “GST di India 28%. Please remember that (tolong ingat tu). Kita baru 6% itu pun dah riuh-rendah bising. Marah kerajaan." Sebenarnya fakta Najib tentang GST India pun salah dan tidak tepat.
Saya lebih terkejut apabila Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah mendakwa: “Jika orang itu miskin, saya percaya bahawa mereka yang membuat diri sendiri miskin. Jika mereka ada tangan dan kaki untuk berjalan, mereka boleh hidup di Malaysia.”
Irwan berkata, tiada alasan rakyat Malaysia menjadi miskin kerana ada banyak peluang untuk mereka hidup senang.
Menurut beliau: “Jika ada pihak yang berkata ekonomi Malaysia merosot, rakyat miskin, mereka silap. Kita bukan seperti negara terbeban hutang seperti Bangladesh dan kita tidak juga seperti Filipina. Mereka (yang mengatakan Malaysia negara miskin) cuba mengelirukan rakyat.”
Ketika krisis ekonomi 1985 sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia mengaku wujudnya krisis. Begitu juga dengan krisis ekonomi 1997 yang setidak-tidaknya terdapat maklum balas – meskipun ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Anwar Ibrahim berbalah tentang pendekatan yang perlu diambil untuk menangani krisis tersebut.
Malangnya, situasi yang kita ada hari ini adalah “krisis yang disenyapkan” yang enggan diakui oleh kerajaan Najib sama sekali. Kerajaan malah memuji-muji diri sendiri atau menyalahkan rakyat seperti yang dilakukan Irwan sewaktu rakyat Malaysia sedang menderita.
Sejak pilihanraya umum lalu, akibat kesan gabungan pelaksanaan GST pada 1 April 2015, kejatuhan nilai ringgit sejak Oktober 2014, serta pemansuhan subsidi secara berterusan, harga barangan meningkat secara kerseluruhan. Situasi ini menyebabkan pendapatan boleh-guna rakyat terjejas dan memburukkan lagi sektor kepenggunaan domestik.
Semua ini terjadi dengan tiada peningkatan gaji kerana tiada percubaan untuk mengurangkan kemasukan buruh luar yang tidak berkemahiran mahupun campur tangan kerajaan untuk industri meningkatkan penghasilan melalui teknologi yang ada.
Semakin ramai rakyat Malaysia yang mencari pekerjaan di luar negara. Jumlah rakyat Malaysia yang setiap hari berulang-alik ke Singapura melalui Tambak Johor meningkat daripada 200,000 kepada 300,000 dalam tempoh empat tahun kebelakangan.
Kebanyakan mereka terpaksa bekerja di sektor sukar, kotor, dan bahaya yang bergaji rendah. Tidak kurang juga rakyat Malaysia yang bekerja secara haram di United Kingdom dan Australia.
Jika ingin menangani krisis ekonomi yang timbul hari ini, pertama-tamanya kerajaan perlu mengakui memang wujud krisis ini. Kerajaan juga perlu berhenti menyalahkan dan memperli rakyat.
Sikap kerajaan itu hanya menunjukkan bahawa Najibnomics tidak peduli dengan kesukaran yang dihadapi rakyat biasa. – 30 September, 2017.
* Liew Chin Tong adalah ahli Parlimen Kluang.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
Demikianlah Artikel [Video Najib Tahu Akan Dipenjara Jika PH Menang] Najibnomics gagal, rakyat pula diperli dan dipersalahkan & Ribuan rumah boleh dibina dengan harga berlian isteri MO1.
Sekianlah artikel [Video Najib Tahu Akan Dipenjara Jika PH Menang] Najibnomics gagal, rakyat pula diperli dan dipersalahkan & Ribuan rumah boleh dibina dengan harga berlian isteri MO1. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Najib Tahu Akan Dipenjara Jika PH Menang] Najibnomics gagal, rakyat pula diperli dan dipersalahkan & Ribuan rumah boleh dibina dengan harga berlian isteri MO1. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/video-najib-tahu-akan-dipenjara-jika-ph.html