Judul : Tan Sri Siti Zaharah Masuk PAS?
link : Tan Sri Siti Zaharah Masuk PAS?
Tan Sri Siti Zaharah Masuk PAS?
Zaharah berkata, perkara yang tular itu adalah fitnah dan meminta orang ramai supaya tidak mempercayainya.
“Saya masih merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya besar dan perjuangan saya dari dahulu adalah bersama UMNO.
“Mana mungkin saya akan mengkhianati parti keramat orang Melayu ini. Saya sudah 40 tahun bersama dan berjuang dalam UMNO, saya tidak akan merosakkan taat setia serta kejujuran saya terhadap UMNO,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zaharah berkata, dakwaan yang mengatakan beliau akan menyertai Pas pada Himpunan Fastaqim 2.0 diterimanya menerusi aplikasi WhatsApp semalam.
“Saya tidak pernah dan tidak akan berganjak daripada perjuangan saya bersama dengan UMNO.
“Bagaimanapun, ini adalah asam garam politik dan sebagai orang politik kita perlu menerima hakikat ini,” kata bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu. - UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel Tan Sri Siti Zaharah Masuk PAS?
Sekianlah artikel Tan Sri Siti Zaharah Masuk PAS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tan Sri Siti Zaharah Masuk PAS? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/tan-sri-siti-zaharah-masuk-pas.html