SPAD Bakal Lancar Aplikasi 'Perancang Perjalanan' Di Telefon Pintar

SPAD Bakal Lancar Aplikasi 'Perancang Perjalanan' Di Telefon Pintar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPAD Bakal Lancar Aplikasi 'Perancang Perjalanan' Di Telefon Pintar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPAD Bakal Lancar Aplikasi 'Perancang Perjalanan' Di Telefon Pintar
link : SPAD Bakal Lancar Aplikasi 'Perancang Perjalanan' Di Telefon Pintar

Baca juga


SPAD Bakal Lancar Aplikasi 'Perancang Perjalanan' Di Telefon Pintar



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bakal melancarkan satu aplikasi telefon pintar baharu yang dipanggil 'Perancang Perjalanan' menjelang hujung tahun ini. Ketua Bahagian Projek Bidang Keberhasilan Utama Negara SPAD, Ahmad Radhi Maarof berkata aplikasi itu dicipta bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam di dalam bandar. 
Menurut Ahmad Radhi, konsepnya adalah serupa dengan 'Google Map' yang mana pengguna boleh memasukkan destinasi asal dan akhir perjalanan anda dan ia akan membantu anda untuk tiba ke destinasi, kesemuanya dengan pengangkutan awam, sama ada bas atau kereta api. 
Beliau berkata demikian dalam pembentangan kertas kerjanya 'Urbanisasi - Tekanan Mobiliti dan Kesalinghubungan Mapan' pada Persidangan Bandar Pintar. Ahmad Radhi berkata SPAD akan menggunakan sepenuhnya kemajuan teknologi untuk meningkatkan kebolehpercayaan pengangkutan awam dan aspek keselamatan.
Aplikasi 'Perancang Perjalanan' bukanlah satu aplikasi baru di pasaran. Ianya pernah dibangunkan di beberapa buah negara seperti United Kingdom dengan nama seperti 'Bus Guru' dan 'Commuter' dan di Israel dengan nama 'Moovit'.
Langkah yang diambil SPAD ini pastinya dialu-alukan oleh pengguna-pengguna telefon bimbit yang hampir kebanyakannya berteraskan telefon pintar. Ini secara langsung dapat memudahkan pengguna perkhidmatan awam merancang perjalanan mereka dari satu destinasi ke satu destinasi, menjimatkan masa dan pastinya menjamin keselamatan pengguna.


Demikianlah Artikel SPAD Bakal Lancar Aplikasi 'Perancang Perjalanan' Di Telefon Pintar

Sekianlah artikel SPAD Bakal Lancar Aplikasi 'Perancang Perjalanan' Di Telefon Pintar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPAD Bakal Lancar Aplikasi 'Perancang Perjalanan' Di Telefon Pintar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/spad-bakal-lancar-aplikasi-perancang.html

Subscribe to receive free email updates: