Sotong kurita haiwan paling bijak?

Sotong kurita haiwan paling bijak? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sotong kurita haiwan paling bijak?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sotong kurita haiwan paling bijak?
link : Sotong kurita haiwan paling bijak?

Baca juga


Sotong kurita haiwan paling bijak?

Sinar, 30 Oktober 2017

Sotong kurita
Gambar hiasan
MUNGKIN ada antara kita belum tahu yang sotong kurita sebenarnya tersenarai antara haiwan paling bijak pernah wujud di Bumi.

Keupayaan haiwan ini masih dalam kurang didedahkan oleh para pengkaji, namun haiwan bijak ini semakin mendapat perhatian para saintis dek kelicikannya dalam berburu dan melepaskan diri.

Malah, ahli biologi Australia, Julian Finn dari Muzium Victoria di Melbourne, yang mula-mula memerhatikan tingkah laku haiwan ini ketika mengetuai pasukannya membuat kajian di Indonesia menyifatkan haiwan ini mempunyai sifat yang mengagumkan!

Mana tidaknya, keupayaan luar biasanya untuk meloloskan diri sentiasa mengejutkan dan mengagumkan manusia!
Sifat sotong kurita yang tidak mempunyai tulang pada tubuhnya menyebabkan si haiwan licik ini begitu mudah melepaskan diri daripada ruang sempit mahupun tertutup.

Selain itu, sotong kurita juga bijak membuat penyamaran bagi mengaburi pemangsa yang sering memburunya.
Sotong kurita berupaya menyembunyikan diri dengan menyamar sebagai batu karang, membuatkan dirinya kelihatan seperti ular laut atau menyamakan dirinya seperti ikan singa (lionfish) dalam kadar 0.3 saat!

Tidak cukup dengan itu, sotong kurita juga bijak menggunakan objek yang terdapat dalam laut, misalnya tempurung kelapa untuk menyembunyikan diri. Haiwan ini akan menggunakan sesungutnya dan mencakupkan kedua tempurung bagi memberi perlindungan daripada musuh.

Percaya atau tidak, keupayaan yang dimiliki sotong kurita ini mengatasi kebijaksanaan cimpanzi dalam menyelesaikan masalah!
Percaya atau tidak, sotong kurita akan menggunakan seluruh kebijaksanaannya ketika berburu.

Seekor sotong boleh memburu mangsanya dengan apa cara sekalipun, meskipun mangsanya berada dalam botol berpenutup!
Dalam satu pemerhatian yang direkodkan menerusi National Geography, seekor sotong kurita boleh membuka penutup botol yang tertutup rapat sebelum merenggut mangsanya dengan menggunakan sesungutnya yang panjang.

Sotong kurita juga boleh memuatkan dirinya mengikut saiz sesuatu ruang bagi membolehkan mereka memburu mangsa mereka.
Tidak perlu risau sekiranya sesungut mereka terputus kerana ia akan tumbuh semula seperti sedia kala.

Selain itu, seekor sotong kurita juga dikatakan membawa neuro-toksin yang bukan sahaja mengaburi penglihatan dan pandangan musuh, malah ia boleh membunuh musuh.


Demikianlah Artikel Sotong kurita haiwan paling bijak?

Sekianlah artikel Sotong kurita haiwan paling bijak? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sotong kurita haiwan paling bijak? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/sotong-kurita-haiwan-paling-bijak.html

Subscribe to receive free email updates: