Siap sedia hilang deposit, Zaid beritahu pemimpin PAS

Siap sedia hilang deposit, Zaid beritahu pemimpin PAS - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siap sedia hilang deposit, Zaid beritahu pemimpin PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siap sedia hilang deposit, Zaid beritahu pemimpin PAS
link : Siap sedia hilang deposit, Zaid beritahu pemimpin PAS

Baca juga


Siap sedia hilang deposit, Zaid beritahu pemimpin PAS

zaid-pas 
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim berkata semua pemimpin PAS bakal hilang deposit mereka sekiranya menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat mual melihat telatah golongan yang mengaku warak tetapi sebenarnya bersifat kebendaaan.

“Pengundi benci akan ‘orang warak’ yang menunjuk-nunjuk harta dan berlagak seperti pemimpin Umno,” kata bekas menteri yang kini bersama DAP itu dalam penulisan terbaharu di blognya.

“Rakyat akan menolak mereka yang berpura-pura berjuang demi Islam, tetapi sebenarnya hanya gemar membuat duit. Mereka ini akan dihukum.”
Zaid berkata beliau tidak percaya dengan kenyataan berkali-kali pemimpin PAS yang menafikan pernah menerima sumbangan kewangan daripada Umno.

Menurutnya, sekiranya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak boleh memberikan dana kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga Umno bahagian, beliau juga boleh menyumbang kepada PAS sebagai membalas segala sokongan yang ditunjukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zaid merujuk kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan ketika berucap di perhimpunan dianjurkan parti itu di Kuala Nerus, Terengganu hujung minggu lalu yang menafikan dakwaan PAS menerima dana daripada Najib bagi menganjurkan aktivitinya.

“Ini pemimpin PAS yang sama yang pernah berkata jangan jadikan hubungan PAS dan Umno sebagai isu kerana kedua-dua parti melakukan kerja Tuhan. Kalau benar, mengapa marah apabila berdepan tuduhan mereka berkongsi tabung sama?” soal Zaid.

Zaid berkata sehingga kini, PAS masih belum mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwa parti itu menerima wang Umno.
Beliau memberi contoh tuduhan pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa yang masih belum disusuli dengan tindakan saman.

Zaid berkata dakwaan PAS berjuang demi Islam adalah sesuatu yang akan dibongkar oleh pengundi pada pilihan raya akan datang.
“Tidak cukup mengatakan anda berjuang untuk Islam. Kamu tahu anda dikelilingi ular, lebih-lebih lagi apabila bunyi desis semakin kuat,” katanya.


Demikianlah Artikel Siap sedia hilang deposit, Zaid beritahu pemimpin PAS

Sekianlah artikel Siap sedia hilang deposit, Zaid beritahu pemimpin PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siap sedia hilang deposit, Zaid beritahu pemimpin PAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/siap-sedia-hilang-deposit-zaid-beritahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :