Judul : Rejim DAP Tidak Pernah Membotakkan Bukit Bukau Di Pulau Pinang, Mana Buktinya?
link : Rejim DAP Tidak Pernah Membotakkan Bukit Bukau Di Pulau Pinang, Mana Buktinya?
Rejim DAP Tidak Pernah Membotakkan Bukit Bukau Di Pulau Pinang, Mana Buktinya?
Dituduh kerana gagal melindungi bukit-bukit di Pulau Pinang, Rejim DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Joseph Lim Guan Eng, tampil membuat Kenyataan Media mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) yang telah membuat bukit dan hutan menjadi 'botak'. Walaupun selepas 9 tahun memerintah Pulau Pinang, nama BN masih lagi menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan oleh Rejim DAP.
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pada 24/04/2017, baca di sini, sejak tahun 2006, negeri itu tidak meluluskan satu inci persegi hutan kekal untuk dibersihkan dan bertindak terhadap mereka yang telah dibersihkan secara haram.
Gambar-gambar yang berada di dalam posting ini berlokasikan di Paya Terubong yang menjadi mangsa kerakusan projek Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Bukit bukau habis ditarah dan dikorek sehingga menjadi seperti sebuah kuari tanah merah dan batu granit, bukannya tapak pembinaan jalan raya. Termasuk juga kawasan tanah tinggi yang kini menjadi tempat pertanian yang dibuka secara halal ataupun secara haram.
Jika ada penerokaan haram takkan tiada pemantauan dan tindakan dari Rejim DAP? Ini juga boleh menjadi salah satu punca kenapa Pulau Pinang kerap mengalami banjir, apabila banyak kawasan hutan ditebang. Air dari bukit akan turun ke kawasan rendah dan memasuki Sungai Dondang dan mengalir laju ke Sungai Pinang lalu menengelamkan kawasan Georgetown, termasuk juga aliran dari bukit yang ditarah menuju ke kawasan Relau dan Bayan Baru yang sebelum ini tidak berlaku banjir.
Lebih malang lagi, kolam tadahan atau takungan atau retention pond yang terdapat di Paya Terubong tidak diurus dengan betul menyebabkan air melimpah dan tidak mampu menahan air yang banyak turun ke kawasan Sungai Dondang seterusnya ke Sungai Pinang.
Penduduk berasa kecewa kerana kawasan mereka selama ini tidak banjir, kini hidup mereka sentiasa dalam keadaan cemas apabila hujan turun antara 2 hingga 4 jam. Kebimbangan juga berlaku tanah runtuh. Rejim DAP Negeri tidak patut hendak memikirkan soal tebatan banjir semata-mata, sedangkan punca air cepat turun ke sungai dan tanah rendah kerana bukit sudah menjadi botak dan tidak lagi mampu menjadi penahan air hujan.
Demikianlah Artikel Rejim DAP Tidak Pernah Membotakkan Bukit Bukau Di Pulau Pinang, Mana Buktinya?
Sekianlah artikel Rejim DAP Tidak Pernah Membotakkan Bukit Bukau Di Pulau Pinang, Mana Buktinya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rejim DAP Tidak Pernah Membotakkan Bukit Bukau Di Pulau Pinang, Mana Buktinya? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/rejim-dap-tidak-pernah-membotakkan.html