Pahang siasat anugerah Datuk pada pelakon

Pahang siasat anugerah Datuk pada pelakon - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang siasat anugerah Datuk pada pelakon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang siasat anugerah Datuk pada pelakon
link : Pahang siasat anugerah Datuk pada pelakon

Baca juga


Pahang siasat anugerah Datuk pada pelakon

5/10/17

Kerajaan Pahang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada seorang pelakon yang disiasat berhubung kes penipuan penjualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, tindakan awal telah diambil dengan menyemak sekiranya nama pelakon itu pernah disenaraikan sebagai seorang daripada penerima penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.

"Semua dalam siasatan. Tindakan boleh diambil jika (pelakon itu) menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan. Jika benar gelaran tersebut diberikan, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara," katanya.

Muhammad Safian berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di Pekan, hari ini, yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan membawa perkara itu kepada pengetahuan Sultan Pahang untuk tindakan selanjutnya seperti penarikan semula gelaran tersebut.

​Sehubungan itu, Muhammad Safian menasihatkan semua penerima darjah atau pingat kebesaran dari istana Pahang untuk menjaga etika dan berkelakuan sopan bagi menjaga kemuliaan pemberian gelaran itu dan institusi kesultanan.

Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan seorang pelakon berstatus Datuk ditahan bersama dua individu lain berikutan 188 laporan polis oleh individu yang mendakwa ditipu dua syarikat yang menawarkan rumah kepada pembeli pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan didakwa tidak menjalankan pembinaan rumah seperti yang dijanjikan selepas pembeli melunaskan pembayaran.
Malaysiakini


Demikianlah Artikel Pahang siasat anugerah Datuk pada pelakon

Sekianlah artikel Pahang siasat anugerah Datuk pada pelakon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang siasat anugerah Datuk pada pelakon dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/pahang-siasat-anugerah-datuk-pada.html

Subscribe to receive free email updates: