MLM MERESAP MASUK IPT - HABIS DUIT PTPTN?

MLM MERESAP MASUK IPT - HABIS DUIT PTPTN? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MLM MERESAP MASUK IPT - HABIS DUIT PTPTN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MLM MERESAP MASUK IPT - HABIS DUIT PTPTN?
link : MLM MERESAP MASUK IPT - HABIS DUIT PTPTN?

Baca juga


MLM MERESAP MASUK IPT - HABIS DUIT PTPTN?




Zaman sekarang ini, semua benda memerlukan banyak duit. Sebab itulah ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan lagi lagi kepada golongan pelajar.

Semalam, menerusi laman Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Joe telah memuat naik satu gambar perkongsian pelajar telah didekati oleh agensi servis Multi Level Marketing atau lebih dikenali sebagai MLM.

Asalnya seorang pelajar telah mendengar seorang individu yang dikenali sebagai Pencetus Ummah dan datang ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor sedang bercerita mengenai syarikat Afilliate Junction atau AJ.






Apa yang mengejutkan ialah lelaki tersebut telah meminta pelajar itu untuk bayar deposit RM100 dan baki sebanyak RM900 selepas mereka menerima wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mengapa perlu memaksa pelajar menyertai MLM? Ya benar, mereka merupakan golongan yang sangat memerlukan duit. Tapi ia tak bermaksud mereka perlu korban hampir semua wang pinjaman untuk menyertai perkara seperti itu.

Bukan semua MLM itu tipu, tetapi zaman sekarang ini ramai manusia yang mahukan wang dengan segera sampai sanggup menipu orang yang naif. Ada juga skim MLM yang benar cara operasinya.

Namun golongan yang sentiasa mendekati para pelajar ialah kelompok MLM yang aktif menipu dan hanya menaruhkan duit banyak tetapi hasilnya kosong.

Jika anda mencari maklumat yang lebih lanjut mengenai syarikat AJ, anda akan menjumpai banyak artikel mengenai penipuan yang pernah dibuat oleh mereka ini.

AJ menawarkan satu Program Mykad Smart Shopper yang dapat menjana pendapatan. Namun tiada kesahihan mengenai syarikat ini. Adakah ianya benar ataupun salah?

Tetapi apa yang berlaku di UTM itu tidak sepatutnya berlaku. Lagi-lagi bila ia melibatkan pelajar. Penggunaan PU sebagai jurucakap juga perlu dilihat balik. Jika syarikat itu tidak benar, satu hal pula PU tersebut perlu lakukan.



Sebagai pengguna laman Twitter bertanggungjawab, Asrul Muzaffar sekali lagi telah tampil bertanyakan kepada Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengenai syarikat itu.

Namun, agak mengejutkan apabila Yasmin sendiri telah menafikan bahawa syarikat itu adalah rakan kongsi strategik dan mereka juga tidak dibenarkan untuk menggunakan gambar logo syarikat MDEC.

Mungkin tidak dinyatakan di dalam televisyen, namun tetap ada pelajar yang berhabis duit untuk join MLM ini. Para pelajar perlu bijak sebelum melakukan sesuatu perkara. Takut bila dah jadi baru nak menyesal.

Kalau waktu tu baru nak menyesal, menangis pun langsung tak ada guna nanti. Simpan duit PTPTN demi masa depan, bukan untuk join MLM.




Demikianlah Artikel MLM MERESAP MASUK IPT - HABIS DUIT PTPTN?

Sekianlah artikel MLM MERESAP MASUK IPT - HABIS DUIT PTPTN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MLM MERESAP MASUK IPT - HABIS DUIT PTPTN? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/mlm-meresap-masuk-ipt-habis-duit-ptptn.html

Subscribe to receive free email updates: