Judul : Marah Dengan Hakim Yang Mahu Mempercepatkan Kes BAFIA, @NajibRazak Juga Yang Dipersalahkan @RafiziRamli
link : Marah Dengan Hakim Yang Mahu Mempercepatkan Kes BAFIA, @NajibRazak Juga Yang Dipersalahkan @RafiziRamli
Marah Dengan Hakim Yang Mahu Mempercepatkan Kes BAFIA, @NajibRazak Juga Yang Dipersalahkan @RafiziRamli
Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar buat kelakar dengan memberi BR1M (Bantuan Roti 1 Malaysia) kepada pengundi-pengundi beliau setelah 4 tahun menghilangkan diri. Hari ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula cuba membuat kelakar. Di dalam ceramah-ceramah beliau sebelum ini, beliau dengan angkuh berkata tidak sabar untuk masuk ke mahkamah untuk mendedahkan semua maklumat yang beliau ada.
Itu dulu, hari ini, bila beliau kena saman (12 saman yang diperdengarkan di Mahkamah dan banyak lagi yang akan dibuat), kes-kes beliau sering kali ditangguhkan. Apabila Hakim Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan peguam-peguam Rafizi Ramli untuk mempercepatkan kes BAFIA beliau, beliau menjadi marah. Untuk rekod, hari ini pendakwaraya telah berjaya membuktikan kes mereka dan mahkamah mengarahkan agar tertuduh membuat pembelaan.
Rafizi Ramli membebel di laman sosial Twitter seperti Ah So tua. Beliau menghina mahkamah (contempt of court) dengan mempertikaikan keputusan hakim secara terbuka dan mengaitkan dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Kedua, Rafizi Ramli juga pada bila-bila masa akan ke penjara kerana kes OSA beliau. Oleh itu, Perdana Menteri tidak perlupun campur tangan untuk memasukkan Rafizi Ramli ke penjara.
Persoalannya, siapakah yang melengah-lengahkan kes sejak tahun 2012? Bukankah Rafizi Ramli sendiri yang melengah-lengahkan kes dengan mempertikaikan undang-undang yang sedia ada beberapa kali? Bukankah beliau juga yang melengah-lengahkan kes kerana mempertikaikan hakim beberapa kali? Kenapa DS Najib pula yang hendak dipersalahakan?
Demikianlah Artikel Marah Dengan Hakim Yang Mahu Mempercepatkan Kes BAFIA, @NajibRazak Juga Yang Dipersalahkan @RafiziRamli
Sekianlah artikel Marah Dengan Hakim Yang Mahu Mempercepatkan Kes BAFIA, @NajibRazak Juga Yang Dipersalahkan @RafiziRamli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Marah Dengan Hakim Yang Mahu Mempercepatkan Kes BAFIA, @NajibRazak Juga Yang Dipersalahkan @RafiziRamli dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/marah-dengan-hakim-yang-mahu.html