Judul : KPM pelawa warga pendidik lontar idea isu disiplin murid
link : KPM pelawa warga pendidik lontar idea isu disiplin murid
KPM pelawa warga pendidik lontar idea isu disiplin murid
MUAR 30 Sept. – Kementerian Pendidikan sedang giat mengumpul idea serta pandangan daripada guru-guru serta pihak yang berkaitan dalam meningkatkan keperibadian pelajar dan membentuk sahsiah mereka di samping menumpukan aspek kecemerlangan akademik.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semua warga pendidik terutamanya guru dipelawa untuk melontarkan idea atau pandangan ekoran kebimbangan terhadap apa yang berlaku melibatkan golongan tersebut sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, terdapat guru-guru yang berkhidmat lebih 25 tahun di sekolah dan mereka sudah melihat pelbagai perkara yang berlaku serta mempunyai pandangan terhadap apa yang perlu dilakukan untuk membentuk sahsiah pelajar.
“Maksudnya, mereka boleh bagi pandangan sebab ada guru yang sudah 25 tahun di sekolah, dia boleh nampak apa sebenarnya benda yang ada di situ dan misalnya kalau perlu diubah perkara-perkara tertentu serta kalau tak diubah apa implikasinya.
“Malah, mereka pun sebenarnya tahu macam mana nak membina sebuah identiti yang lebih lengkap tak kira sama ada guru itu (berkhidmat) di bandar atau di luar bandar,” katanya selepas merasmikan program Guru Pembina Negara Bangsa Parlimen Bakri, Muar, Ledang dan Pagoh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pihaknya tidak perlu menubuhkan jawatankuasa tertentu untuk mengumpul data atau idea berkenaan sebaliknya dilakukan secara terbuka bagi memberi peluang kepada semua pihak terutamanya guru-guru terlibat.
“(Pengumpulan) ini kita buat secara umum kerana kita sudah ada ketua pengarah, timbalan ketua pengarah di kementerian dan kita juga ada pengarah-pengarah bahagian yang bermakna mereka boleh membantu mengambil peranan menerima idea daripada guru-guru terlibat.
“Guru yang mempunyai idea pula boleh memberi sumbangan mereka kepada kita sama ada dalam bentuk e-mel, pernyataan bertulis dan sebagainya supaya kita boleh tengok apa sebenarnya yang diperlukan,” katanya.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semua warga pendidik terutamanya guru dipelawa untuk melontarkan idea atau pandangan ekoran kebimbangan terhadap apa yang berlaku melibatkan golongan tersebut sejak kebelakangan ini.
“Maksudnya, mereka boleh bagi pandangan sebab ada guru yang sudah 25 tahun di sekolah, dia boleh nampak apa sebenarnya benda yang ada di situ dan misalnya kalau perlu diubah perkara-perkara tertentu serta kalau tak diubah apa implikasinya.
“Malah, mereka pun sebenarnya tahu macam mana nak membina sebuah identiti yang lebih lengkap tak kira sama ada guru itu (berkhidmat) di bandar atau di luar bandar,” katanya selepas merasmikan program Guru Pembina Negara Bangsa Parlimen Bakri, Muar, Ledang dan Pagoh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pihaknya tidak perlu menubuhkan jawatankuasa tertentu untuk mengumpul data atau idea berkenaan sebaliknya dilakukan secara terbuka bagi memberi peluang kepada semua pihak terutamanya guru-guru terlibat.
“(Pengumpulan) ini kita buat secara umum kerana kita sudah ada ketua pengarah, timbalan ketua pengarah di kementerian dan kita juga ada pengarah-pengarah bahagian yang bermakna mereka boleh membantu mengambil peranan menerima idea daripada guru-guru terlibat.
“Guru yang mempunyai idea pula boleh memberi sumbangan mereka kepada kita sama ada dalam bentuk e-mel, pernyataan bertulis dan sebagainya supaya kita boleh tengok apa sebenarnya yang diperlukan,” katanya.
Demikianlah Artikel KPM pelawa warga pendidik lontar idea isu disiplin murid
Sekianlah artikel KPM pelawa warga pendidik lontar idea isu disiplin murid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KPM pelawa warga pendidik lontar idea isu disiplin murid dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/kpm-pelawa-warga-pendidik-lontar-idea.html