Kereta api dinaiki Shafie berasap

Kereta api dinaiki Shafie berasap - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kereta api dinaiki Shafie berasap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kereta api dinaiki Shafie berasap
link : Kereta api dinaiki Shafie berasap

Baca juga


Kereta api dinaiki Shafie berasap

 7/10/17
Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan rombongan sepatutnya mengharungi perjalanan mudah dari Beaufort ke Tenom, Sabah dengan menaiki kereta api.

Bagaimanapun selepas dua jam perjalanan, penyaman udara dalam kereta api itu mula mengalami kerosakan.
Selepas sistem penyaman udara dibaiki, kereta api itu meneruskan perjalanan semula sehingga Shafie dan rombongannya menukar keretapi yang lain ketika mereka meneruskan perjalanan ke Tenom.

Tidak lama selepas menaiki kereta api kedua, penumpang termasuk penulis mendengar teriakan secara tiba-tiba 'turun sekarang!'.
Asap muncul dari bawah kereta api berkenaan ketika Shafie dan penumpang bergegas turun, dengan beberapa orang keluar menerusi tingkap untuk melarikan diri manakala yang lain menjerit ada kebakaran.

Seorang pegawai Keretapi Negeri Sabah yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini bahawa kejadian seperti itu luar biasa dan kebakaran yang disyaki itu mungkin akibat beban muatan penumpang.
Tidak lama selepas keluar dari kereta api berkenaan, para penumpang dibawa menaiki gerabak ketiga.

Shafie didengar memberitahu penyokong WARISAN agar memberi keutamaan kepada kanak-kanak sekolah yang memenuhi pengangkutan berkenaan.
Kereta api berkenaan kemudian penuh sesak dengan penumpang termasuk bekas menteri itu yang terpaksa bertahan dalam perjalanan selama 20 minit ke Tenom.

Penumpang lain, sebaliknya, terpaksa meunggu sejam lagi untuk menunggu kereta api lain.
Walaupun beban muatan disyaki punca kereta api terdahulu mengeluarkan asap, gerabak ketiga yang penuh sesak tetap meneruskan perjalanannya ke Tenom.
Di sana Shafie dan rombongan disambut oleh penyokong WARISAN bagi meneruskan program yang telah dijadualkan.
 Malaysiakini


Demikianlah Artikel Kereta api dinaiki Shafie berasap

Sekianlah artikel Kereta api dinaiki Shafie berasap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kereta api dinaiki Shafie berasap dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/kereta-api-dinaiki-shafie-berasap.html

Subscribe to receive free email updates: