'Kata GST turun harga barang tapi...'

'Kata GST turun harga barang tapi...' - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Kata GST turun harga barang tapi...', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Kata GST turun harga barang tapi...'
link : 'Kata GST turun harga barang tapi...'

Baca juga


'Kata GST turun harga barang tapi...'

 Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Bajet 2018 yang dikemukakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa adalah hanya suatu dendangan janji dan taburan menjelang PRU14.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dakwaan itu dibuktikan dengan  pelbagai janji-janji menjelang PRU13 lalu yang masih gagal direalisasikan sehingga kini.

"Khususnya yang pertama, janji harga minyak tidak akan dinaikkan.
"Dan yang kedua, GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang. Dan jelas kedua-dua janji ini tidak ditepati," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan  membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.

Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50’ mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Justeru jelas Wan Azizah, pada Rabu lalu Pakatan Harapan telah membentangkan Belanjawan  2018 yang menegaskan kesungguhan  Harapan bagi mengetengahkan idea-idea fiskal, kewangan dan ekonomi dalam kerangka mengurus dan membangunkan negara yang bebas dari amalan salah guna kuasa.

Katanya, Harapan telah menggariskan dasar-dasar sosioekonomi, pembangunan ekonomi serta perindustrian dan perdagangan yang menyentuh langsung dalam usaha merawat derita rakyat lantaran salah urus dan tadbir kewangan negara oleh Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu,Harapan turut menyatakan iltizam dan komitmen mereka untuk menangani kenaikan kos sara hidup rakyat serta meningkatkan pendapatan rakyat dan negara.


Demikianlah Artikel 'Kata GST turun harga barang tapi...'

Sekianlah artikel 'Kata GST turun harga barang tapi...' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Kata GST turun harga barang tapi...' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/kata-gst-turun-harga-barang-tapi.html

Subscribe to receive free email updates: