Kajian: PH kekal Perintah Selangor selepas PRU14

Kajian: PH kekal Perintah Selangor selepas PRU14 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kajian: PH kekal Perintah Selangor selepas PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kajian: PH kekal Perintah Selangor selepas PRU14
link : Kajian: PH kekal Perintah Selangor selepas PRU14

Baca juga


Kajian: PH kekal Perintah Selangor selepas PRU14


Analisa menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Selangor mampu meneruskan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis dan Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, kajian itu dibuat dengan mengambilkira kedudukan PAS (dan sekutu) yang mahu meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN Selangor.
Beliau memberikan 3 senario kedudukan kerusi yang boleh berlaku di Selangor dalam PRU14 akan datang. Rujuk jadual di bawah:
“Dalam senario pertama. Saya meletakkan jangkaan BN hilang 5% sokongan pengundi Malayu, tapi angka itu tidak realistik memandangkan pengundi di Selangor lebih ‘sofistikated’ dan menyedari bukan sahaja kesan GST tetapi juga isu urustadbir seperti 1MDB dan FELDA.
Menurutnya, HARAPAN dijangka menang 36 daripada 56 kerusi negeri meskipun kurang daripada 44 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13.
“Dalam keadaan ini, HARAPAN masih boleh membentuk kerajaan negeri di Selangor,” jelasnya.
Bagi senario kedua, beliau membuat jangkaan berlaku penurunan sebanyak 8% sokongan pengundi Melayu dan penurunan 3% pengundi bukan Melayu kepada BN.
Jika berlaku demikian, ‘Tsunami Melayu’ dengan skala yang lebih kecil akan berlaku dan HARAPAN dijangka memenangi 43 kerusi negeri – kurang satu kerusi berbanding PRU13.
Senario 3 pula mampu mencetuskan ‘Tsunami Melayu’ sekiranya sokongan pengundi Melayu kepada BN jatuh sehingga 10% manakala pengundi bukan Melayu pula mencatatkan penurunan 5%.
Beliau turut menjangkakan PAS akan mengalami kemerosotan berbanding PRU13.
“Saya menjangkakan sokongan pengundi Melayu kepada PAS akan mengalami kemerosotan sebanyak 15%, 20% dan 25% dalam PRU14.
Ini bermakna jika PAS dapat 40%  undi Melayu dalam PRU13, dalam PRU14 pula ia akan berkurangan sebanyak 15%, 20% dan 25% masing-masing merujuk kepada scenario 1, 2 dan 3,” katanya.
Kedudukan PAS itu jelas Dr Kian Ming turut mengambil kira prestasi parti tersebut yang mengalami penurunan 10% dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Penelitian ini juga dibuat berdasarkan penyertaan BERSATU dalam HARAPAN, pengukuhan kepimpinan HARAPAN dan putusnya hubungan kerjasama PAS dan PKR. –Roketkini.com


Demikianlah Artikel Kajian: PH kekal Perintah Selangor selepas PRU14

Sekianlah artikel Kajian: PH kekal Perintah Selangor selepas PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kajian: PH kekal Perintah Selangor selepas PRU14 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/kajian-ph-kekal-perintah-selangor.html

Subscribe to receive free email updates: