Jangan benar anak ke sekolah jika dijangkiti beguk - KKM

Jangan benar anak ke sekolah jika dijangkiti beguk - KKM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan benar anak ke sekolah jika dijangkiti beguk - KKM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan benar anak ke sekolah jika dijangkiti beguk - KKM
link : Jangan benar anak ke sekolah jika dijangkiti beguk - KKM

Baca juga


Jangan benar anak ke sekolah jika dijangkiti beguk - KKM

GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak yang dijangkiti beguk ke sekolah kerana bimbang penyakit itu menjangkiti murid lain.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, walaupun penyakit beguk merupakan gejala ringan, namun ia boleh berjangkit kepada kanak-kanak yang belum mempunyai sistem imuniti tubuh yang kuat.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana pejabat kesihatan di daerah sedang mengambil langkah tambahan untuk mengawalnya daripada merebak.

“Cuma saya nak nasihatkan ibu bapa agar tidak membawa anak mereka ke kawasan orang ramai atau tempat terbuka terutamanya sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Apresiasi Negaraku Sehati Sejiwa 2017 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata orang ramai yang mengalami penyakit beguk diminta mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan bagi mengelak ia menjadi lebih teruk.

"Paling penting bagi kanak-kanak adalah mereka perlu mendapatkan rawatan segera di klinik jika dijangkiti penyakit beguk kerana sistem imuniti mereka masih belum kuat," katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa penyakit beguk membabitkan murid di Putrajaya berpunca daripada jemaah haji yang baru kembali dari Tanah Suci.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya pada 15 Sept lepas mengesahkan kes beguk membabitkan 11 murid Sekolah Kebangsaan Presint 11, Putrajaya yang dilaporkan pada 25 Julai lalu. Bagaimanapun, sejumlah 17 kes lagi dilaporkan selepas itu, membabitkan sekolah sama dan dua sekolah lain.

Beguk disebabkan oleh jangkitan virus 'Paramyxovirus' dan menyebabkan pesakit mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur).

- Bernama




Demikianlah Artikel Jangan benar anak ke sekolah jika dijangkiti beguk - KKM

Sekianlah artikel Jangan benar anak ke sekolah jika dijangkiti beguk - KKM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan benar anak ke sekolah jika dijangkiti beguk - KKM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/jangan-benar-anak-ke-sekolah-jika.html

Subscribe to receive free email updates: