Judul : Isu dadah di sekolah, Kementerian Pendidikan mahu duduk semeja dengan KDN
link : Isu dadah di sekolah, Kementerian Pendidikan mahu duduk semeja dengan KDN
Isu dadah di sekolah, Kementerian Pendidikan mahu duduk semeja dengan KDN
PADANG TERAP 8 Okt. – Kementerian Pendidikan mahu duduk semeja dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkasakan kerjasama untuk mengatasi masalah penagihan dadah dalam kalangan pelajar di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, biarpun kerjasama antara kedua-dua pihak sudah sekian lama terjalin termasuk dengan menempatkan pegawai polis selaku pegawai perhubungan sekolah, namun beliau berasakan masih ada ruang yang boleh ditingkatkan dalam usaha menjauhkan para pelajar dari musuh nombor satu negara itu.
“Saya akui apa yang diperkatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam bahawa 420 sekolah di negara ini berisiko tinggi dengan sebahagian pelajarnya disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah yang serius adalah betul.
“Sebagai Timbalan Menteri KDN, sudah tentu beliau tahu mengenai perkara itu dan saya akui angka itu sememangnya sesuatu yang amat membimbangkan. Justeru, kami sedia memberi kerjasama kepada KDN dalam apa jua cara selain berharap dapat mengambil tindakan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi mengatasi masalah ini,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah melawat Pusat Pengeluaran dan Pengembangan Cendawan Volvariella di Kampung Padang Nyior di sini hari ini.
Nur Jazlan dalam sidang akhbarnya kelmarin turut mendedahkan bahawa saringan air kencing dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tahun lalu mendapati 1,475 daripada 36,675 pelajar terlibat dengan najis dadah.
Mengulas lanjut katanya, senarai 420 sekolah itu sememangnya berada di bawah pemerhatian kementerian, malah pernah ditularkan di internet sebelum ini.
“Namun kami masih mahu mendapatkan beberapa maklumat daripada KDN mengenainya. Setakat ini kesemua 420 sekolah itu memberi kerjasama baik dan tidak bertindak menyembunyikan sebarang isu daripada kementerian,” katanya.
Dalam pada itu katanya, tindakan sekumpulan ahli DAP yang dilaporkan mahu menghantar permohonan bagi mengadakan program bertajuk ‘DAP dan Pulau Pinang’ di beberapa sekolah di negeri itu adalah sesuatu yang tidak relevan.
“Mereka jelas cuba memanipulasi kenyataan saya sebelum ini berhubung sejarah kemerdekaan tanah air yang jelas diperjuangkan UMNO, MCA dan MIC.
“Kononnya program itu hendak ceritakan sejarah DAP dan Pulau Pinang. Dia baru perintah berapa penggal cuma di satu negeri, sejarah apa yang mereka hendak cerita?” katanya.
Tambahnya apa yang dilakukan ahli-ahli DAP itu bukan sesuatu yang pelik kerana mereka merupakan kumpulan ‘ekstremis’ dalam arena politik tanah air.
“Kalau boleh semua benda mereka hendak politikkan. Semua orang kenal siapa DAP kerana merekalah yang membawa konsep ‘Malaysian Malaysia’, niat mereka kita sudah boleh baca,” katanya.
Sumber : Utusan Online

Demikianlah Artikel Isu dadah di sekolah, Kementerian Pendidikan mahu duduk semeja dengan KDN
Sekianlah artikel Isu dadah di sekolah, Kementerian Pendidikan mahu duduk semeja dengan KDN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu dadah di sekolah, Kementerian Pendidikan mahu duduk semeja dengan KDN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/isu-dadah-di-sekolah-kementerian.html