Judul : HANG PANDAI CAKAP, TAPI TAK PUNYA FIKIR !
link : HANG PANDAI CAKAP, TAPI TAK PUNYA FIKIR !
HANG PANDAI CAKAP, TAPI TAK PUNYA FIKIR !
SELAMA HANG MEMERINTAH 22 TAHUN HANG BUAT APA ???
Tumpu isu dadah, bukan pesta arak
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Isu penyalahgunaan dadah perlu diberi perhatian lebih oleh orang Islam berbanding bantahan terhadap festival arak yang dianjurkan bukan Islam, kata Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pak Karamu:
Pandai Che Det ni bermadah, pokoknya bukannya siapa nak minum,tetapi festival Aark di lakukan di negara yang dinamakan islam, Hang boleh faham ? Hang nak buat kenyataan janganlah bermuslihat. Yang nyata masa Hang memerintah Hang gagal bendong dadah dan Arak
Bekas perdana menteri itu berkata, jika orang bukan Islam yang tidak diharamkan minum alkohol hendak minum bir sampai pengsan, itu adalah masalah mereka. “Yang penting mereka jangan timbul masalah kepada orang lain, atau memandu kereta ketika mabuk.
Pak Karamu:
Jika mereka bermasalah selepas minum dan buat kacau maka itu bukan lagi masalah mereka, tapi dah jadi masalah negara dan pemerintah !Boleh faham ?
“Yang saya amat dukacita ialah penyalahgunaan dadah oleh anak orang Islam sehingga menyebabkan kematian 23 murid dan guru sekolah tahfiz apabila mereka membakar asrama sekolah,” katanya dalam tulisan di blognya, semalam.
Pak Karamu:
Akibat kegagalam pemerintah kawal dan bendong dadah ! Sebab ia berlaku diluar rumah, ini sudah jadi tanggungjawab pemerintah !
Menurutnya, penagihan dadah berlaku disebabkan kurang kawalan anak oleh ibu bapa di zaman ini.
Pak Karamu:
Bukan Ibu bapa sahaja tapi Pemerintah, guru-guru dan Ibu bapa !
“Tanggungjawab menyemai sikap menolak dadah sepatutnya diletak di bahu guru agama dalam sekolah. Tetapi di sekolah, selain daripada mengajar ibadat tertentu untuk pahala, tidak ada tekanan yang cukup terhadap pengajaran budi pekerti Islam; terhadap dosa pahala, baik buruk, amalan hidup dalam Islam.
Pak Karamu:
Hang pandai cakap, tapi bagaimana layanan kerajaan terhadap sekolah dan guru agama ? Masa hang memerintah hang tak buat apapun, bila hang dah keluar dari UMNO/BN dan masuk geng Pembangkang hang pandai pula cakap !
“Dengan itu anak mudah terjebak dengan yang tidak baik, termasuk penggunaan dadah. Jika kerana disemai dengan kawalan diri mencegah yang buruk dan mengamal yang baik (amal ma’aruf nahi mungkar) sebagai sebahagian daripada tuntutan agama Islam, kemungkinan perlakuan perkara-perkara dilarang akan berkurangan,” katanya.
Pak Karamu:
Masa hang telah berada disebelah Pembangkang baru hang nampak ! Masa heng memerintah hang pejam mata !
Mengulas mengenai Oktober Fest, katanya, perayaan minum bir pada bulan Oktober adalah tradisi budaya orang Jerman. “Jerman menerima satu juta pelarian Islam dari Syria. Apakah balasan pelarian ini kepada orang Jerman sebagai tuan rumah ialah dengan melarang mereka daripada minum bir dalam Oktober Fest mereka?
Pak Karamu:
Perkara Oktober fest, yang sebut tu DAP yang mabuk arak, DAP didalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan kepala dia Hang, awat Hang tak didik depa tu ! Sekali lagi Hang gagal !!!
“Orang Melayu berkata jaga tepi kain sendiri. Tentukan kita jangan minum bir dan kita tak makan dadah. Itu lebih baik daripada pecah botol bir,” katanya.
Pak Karamu:
Yang penting carilah apa sebab dan punca Jamal pecah botol Bir ? Apa sebab tak cari punca ? Hang pandai cakap tapi tidak punya fikir, tu la masalahnya !!!
Demikianlah Artikel HANG PANDAI CAKAP, TAPI TAK PUNYA FIKIR !
Sekianlah artikel HANG PANDAI CAKAP, TAPI TAK PUNYA FIKIR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HANG PANDAI CAKAP, TAPI TAK PUNYA FIKIR ! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/hang-pandai-cakap-tapi-tak-punya-fikir.html