Judul : DATUK SERI' PUKUL RELA MEMALUKAN - LEE LAM THYE
link : DATUK SERI' PUKUL RELA MEMALUKAN - LEE LAM THYE
DATUK SERI' PUKUL RELA MEMALUKAN - LEE LAM THYE
KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, menyelar tindakan seorang lelaki berstatus Datuk Seri mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), kelmarin.
Beliau berkata, insiden itu adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak seharusnya berlaku, khususnya daripada seorang yang menerima darjah kebesaran.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis menyelesaikan kes terbabit dalam kadar segera, selain memastikan siasatan dan tindakan dilaksanakan secara adil.
“Sebagai seorang yang menerima darjah kebesaran, individu itu haruslah sentiasa mendukung amanah, kepercayaan dan nama baik raja dan pemerintah yang menganugerahkan gelaran berkenaan.
“Beliau patut menunjukkan kesopanan dan teladan yang baik. Apa jua alasan tidak boleh diterima untuk bertindak ganas terhadap orang lain, terutama anggota keselamatan seperti RELA yang menjalankan tugas.
“Saya berharap individu berkenaan dapat memberikan kerjasama kepada polis supaya siasatan dapat dijalankan dengan adil dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam kejadian pada pagi Jumaat, tiga anggota RELA cedera selepas mendakwa dipukul seorang lelaki berstatus Datuk Seri ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, di sini.
Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu bermula ketika anggota RELA berkenaan meminta Datuk Seri berusia 28 tahun mengalih kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.
Teguran itu menyebabkan Datuk Seri berkenaan berang dan memaki hamun mereka, sebelum didakwa menampar, memukul, menendang serta mengugut anggota RELA terbabit.
Demikianlah Artikel DATUK SERI' PUKUL RELA MEMALUKAN - LEE LAM THYE
Sekianlah artikel DATUK SERI' PUKUL RELA MEMALUKAN - LEE LAM THYE kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DATUK SERI' PUKUL RELA MEMALUKAN - LEE LAM THYE dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/datuk-seri-pukul-rela-memalukan-lee-lam.html