ADUN TANJUNG BUNGAH MAHU TINGGALKAN DAP

ADUN TANJUNG BUNGAH MAHU TINGGALKAN DAP - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN TANJUNG BUNGAH MAHU TINGGALKAN DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN TANJUNG BUNGAH MAHU TINGGALKAN DAP
link : ADUN TANJUNG BUNGAH MAHU TINGGALKAN DAP

Baca juga


ADUN TANJUNG BUNGAH MAHU TINGGALKAN DAP




Pulau Pinang – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu memberi gambaran meninggalkan parti DAP selepas kecewa dengan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa di kawasan yang diwakilinya.

Yee Cheu yang menyertai DAP pada 1999 berkata, beliau kini tidak sealiran dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya dari sudut kelulusan pembangunan di lereng bukit.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, kepimpinan parti DAP dan kerajaan negeri juga mengetahui mengenai kekecewaannya itu serta hasratnya untuk keluar daripada parti.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk saya berbuat demikian dan pada Jun lalu pun saya sudah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Yee Cheu sebelum ini melahirkan rasa kecewa dengan targedi tanah runtuh di tapak projek di Tanjung Bungah selepas mendakwa beliau serta penduduk di kawasan tersebut beberapa kali membantah projek berkenaan namun tidak dipedulikan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah, Yee Cheu sebelum ini juga sering dilabel pemberontak kerana sering mengkritik kerajaan negeri dan kepimpinan DAP termasuk beberapa kali mengusulkan supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada hanya dua penggal dalam sidang DUN.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan terus aktif dalam berpolitik, Yee Cheu tidak menolak kemungkinan tersebut namun menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, jelas beliau, perkara itu masih terlalu awal untuk difikirkan selain mahu terus berkhidmat kepada rakyat sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Buat masa ini, saya tetap akan berkhidmat sebagai wakil rakyat DAP dan ini perkara utama yang akan saya dahulukan sebab ini juga adalah amanah yang diberikan pengundi di kawasan saya dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.



Demikianlah Artikel ADUN TANJUNG BUNGAH MAHU TINGGALKAN DAP

Sekianlah artikel ADUN TANJUNG BUNGAH MAHU TINGGALKAN DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN TANJUNG BUNGAH MAHU TINGGALKAN DAP dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/adun-tanjung-bungah-mahu-tinggalkan-dap.html

Subscribe to receive free email updates: