Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah

Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah
link : Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah

Baca juga


Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah

KUALA LUMPUR: Hari ini beberapa waris keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, dua minggu lalu tiba di bangunan mahkamah di sini hari ini.

Menurut laporan Berita Harian Online, waris keluarga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang hadir ke mahkamah untuk mengikuti prosiding pertuduhan akur perintah mahkamah yang mengarahkan hanya waris suspek boleh berada dalam kamar mahkamah.

Bapa kepada Mohd Shahir, mangsa yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, berkata dia akur walaupun dia mahu mendengar pertuduhan dibacakan.

"Saya hadir untuk mendengar pertuduhan, ikut perancangan saya ingin menghadiri keseluruhan prosiding perbicaraan.

"Bagaimanapun mahkamah memerintahkan supaya hanya waris suspek berada dalam mahkamah, walaupun saya ingin mengetahui perincian kes, saya akur dan serahkan kepada mahkamah untuk melaksanakan tugas mereka," katanya kepada pemberita.

Seorang ibu mangsa yang terkorban, Hartini Abdul Ghani, 48, berkata dia berada dalam mahkamah ketika majistret mengeluarkan arahan untuk meninggalkan mahkamah.

"Pihak mahkamah memaklumkan bahawa perbicaraan berkenaan adalah tertutup dan hanya waris suspek boleh berada dalam mahkamah.

"Saya terima keputusan itu dengan hati terbuka, saya akan tetap mengikuti perkembangan kes ini melalui laporan media, itu sahaja yang boleh saya fikirkan ketika ini," katanya.

Kedua-dua mereka hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi bagi mengikuti prosiding pertuduhan membabitkan enam remaja yang ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Kejadian pada 5.15 pagi, 14 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api. - Berita Harian Online

Kredit Foto Berita Harian Online
Kredit Foto Berita Harian Online
Kredit Foto Berita Harian Online


Demikianlah Artikel Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah

Sekianlah artikel Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Waris mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Akur Perintah Mahkamah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/waris-mangsa-kebakaran-pusat-tahfiz_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :