Judul : [Video Tun Mahathir Mahu Rakyat Sedar Daripada Terus DiTipu Oleh Kerajaan BN] TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB? Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita?
link : [Video Tun Mahathir Mahu Rakyat Sedar Daripada Terus DiTipu Oleh Kerajaan BN] TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB? Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita?
[Video Tun Mahathir Mahu Rakyat Sedar Daripada Terus DiTipu Oleh Kerajaan BN] TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB? Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita?
Sabtu, 30 September 2017TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB??
Selepas kunjungan Perdana Menteri, Najib Razak ke White House bertemu Donald Trump pada 12 September lalu, heboh diperkatakan kemudiannya bahawa Presiden Amerika itu akan melakukan kunjungan balas ke Malaysia, November ini.
Kunjungan itu dianggap sebagai mengesahkan lagi hubungan akrab Najib dengan Trump dan akan dipergunakan untuk manfaat pilihanraya, meskipun di sebaliknya DOJ terus melakukan siasatan jenayah dan mengemukakan saman sivil berkaitan aset-aset yang dibeli menggunakan wang curi 1MDB.
Namun, berita ini tentunya mengecewakan Najib dan sekalian pengampu serta penyokongnya.
Trump, dalam jadual kunjungannya ke Asia pada 3 hingga 15 November depan hanya melawat Tokyo, Seoul, Beijing, Hanoi dan Manila, sebaliknya Kuala Lumpur dan Putrajaya terkecuali sebagai destinasi kunjungannya.
Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita?
Tidak mahukah beliau bertemu Najib yang sudah mencurahkan bantuan kira-kira RM100 bilion kepada Amerika?
Setelah berbilion-bilion dicurahkan untuk membodek Trump dengan hujah membantu mengukuhkan ekonomi Amerika, apa alasan sebenar beliau tidak singgah ke Malaysia?
Apakah Trump jenis manusia yang tidak mengenang budi dan mudah melupai bantuan yang diberikan Najib?
Atau adakah keputusan itu kerana Trump kini mula mendengar kecaman pelbagai pihak di Amerika yang menasihatkannya agar menjauhi Najib yang dianggap sebagai "pemimpin crook" di peringkat dunia?
Sudahlah kunjungannya ke Amerika sebelum ini merupakan hanya kunjungan biasa, bukan lawatan rasmi sebagai ketua kerajaan, tiada jamuan rasmi, malah sarapan pagi pun ditanggung sendiri dan kereta juga kena diletakkan di basement atau bawah tanah, Trump dilihat sekali lagi menghampakan Najib kerana tidak datang ke Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam program lawatannya ke Asia.
Bilion-bilion yang dicurahkan nampaknya macam tidak bermakna apa-apa.
Apakah semua ini merupakan tanda-tanda buruk buat 1MDB di Amerika? (ShahbudinHusin 30/09/2017)
Demikianlah Artikel [Video Tun Mahathir Mahu Rakyat Sedar Daripada Terus DiTipu Oleh Kerajaan BN] TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB? Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita?
Sekianlah artikel [Video Tun Mahathir Mahu Rakyat Sedar Daripada Terus DiTipu Oleh Kerajaan BN] TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB? Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Tun Mahathir Mahu Rakyat Sedar Daripada Terus DiTipu Oleh Kerajaan BN] TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB? Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/video-tun-mahathir-mahu-rakyat-sedar.html